Monday, March 3, 2014

Ciri-ciri Nabi s.a.w. Dalam Kitab Agama Hindu

serenemaklong.blogspot.com
Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung.Beliau mendakwa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat di dalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw. Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan, ia akan menjadi bahan bualan dan gosip seluruh negara. Sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau dibunuh dan semua buku bukunya ditarik balik dari pasaran. Hingga ke tahap di mana ia tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah di mana-mana.
Yang menakjubkan pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan profesor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal. Dia menamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami beragama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.
Menurut kepercayaan penganut Hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar. Ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut Hindu di seluruh dunia tidak perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci Hindu mereka itu. Fakta-fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan Hindu lain yang mengatakan penganut Hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.
Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh seperti d ibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku-buku suci agama Hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau: 1. Di dalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir d imuka bumi ini untuk petunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia d ialam ini. Al-Quran telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat petunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.
2. Menuruk ramalan agama hindu, kelahiran Kalki Avatar berlaku di tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut agama Hindu ianya di kawasan bumi Arab. 3. Didalam buku Hindu, nama bapa dan ibu Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu bererti tuhan + Bhagat breerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI bererti aman atau tenang yang di dalam bahasa Arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w). 1. Dalam buku-buku agama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah kurma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tidak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah kurma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.
2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku di tengah-tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan d imana Nabi Muhammad dilahirkan dari golongan Quraisy yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu. 3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat di dalam Gua. Bertepatan di mana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jibrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu d idalam gua yang bernama Gua Al Hira. 4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik ke langit hingga ke langit ke-7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram di Makkah ke masjidil al aqsa di Palestin Dan Mi'raj nabi ke langit ke-7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.
5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w di dalam peperangan Uhud dan yang lain-lain. 6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kalendar Islam). 7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut agama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapkan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal dia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.
Dalam al-Quran telah diceritakan tentang ciri-ciri dan tanda-tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut Hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah-hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya. Wallahualam [Suhaimi Khalis Ishak]

No comments:

Post a Comment