Friday, March 7, 2014

Bunga Jemerlang

Terdapat 7 jenis pokok Jemerlang atau Yellow Flame, nama saintifiknya Peltophorum Pterocarpum di seluruh negara tropika dan dua daripadanya berasal dari Semenanjung Malaysia. Pokok Jemerlang yang kelihatan sama dengan pokok Semarak Api, sesuai dijadikan teduhan di taman atau hiasan di tepi jalan. Bunganya berwarna kuning terang berukuran 11/2 inci, berbentuk jambak pada tangkai yang menegak ke atas. Pada lewat petang bunganya menerbitkan haruman yang halus. Selepas bunga layu, buah-buah kecil mula terbentuk menggantikan tempatnya. Kewujudan buah-buah ini turut mengindahkan pokok. Kulit pokok Jemerlang menghasilkan cairan berwarna kuning yang digunakan sebagai pewarna kain dalam industri batik di Indonesia. Kedai-kedai ubat di Pulau Jawa menjual kulit kayu ini yang dinamakan Kayu Timur sebagai penyembuh cirit-birit. Cairan jemerlang turut dijadikan losyen untuk melegakan sakit otot.

No comments:

Post a Comment