Monday, March 31, 2014

Dajjal Sudah Tiba!!!

Bersiap sediakah kita untuk menghadapi fitnah Dajjal? Yang pasti bukan semudah yang disangkakan. Cuma atas rahmat Allah saja kita semua dapat diselamatkan. Ayuh, mari rapatkan saf. Ideologi politik hanya memecah belahkan kita. Ia bukan agama dan tidak perlu taksub kepadanya. Dajjal dan sekutunya tahu di mana kelemahan kita.
Antara fitnah Dajjal yang terbesar yang sedang kita alami sekarang ialah Internet. Di dalamnya bercampur-aduk kebenaran dan kebatilan, di mana kebatilan merupakan bahagian terbesar. Siang malam hidup kita dikuasai olah Facebook, Twitter, Instagram, Blog, Astro dan sebagainya. Aneh sekali bila kita percaya dan terlalu bergantung kepadanya. Lihatlah di sekeliling kita hampir setiap orang memegang smartphone, salah satu alat yang Dajjal cipta untuk memperdayakan kita (selain dari Internet). Mula-mula kita digula-gulakan dengan kebenaran tetapi akhirnya dia beri kebatilan yang perlahan-lahan membuatkan kita seolah-olah dipukau lalu terjun bersama-samanya ke dalam kegelapan. Pendek kata kita lebih banyak menghabiskan masa di Internet berbanding dengan Al-Quran. Takut bukan? Takut itu sebenarnya rahmat dari Allah dalam mengingatkan kita supaya kembali kepada-Nya, kecuali bagi mereka yang mendustakan diri sendiri. Dajjal dan sekutunya tahu di mana kelemahan kita. Kerana itu mari baca Surah Alkahfi dan juga ayat-ayat Al-Quran yang lain sekerap mungkin kerana itulah yang akan menyelamatkan kita. ‪

No comments:

Post a Comment