Sunday, October 2, 2011

Mengesan Kamera Tersembunyi dan Cermin 2-Hala


serenemaklong.blogspot.com

Mengesan Kamera Tersembunyi di Bilik Persalinan Gedung Beli-belah Pakaian:

Untuk mengelakkan kaum wanita daripada menjadi mangsa MMS Si Skodeng, lakukan ujian ini:
  • Di hadapan bilik persalinan bawa telefon bimbit dan pastikan ia berfungsi dan boleh diguna untuk membuat panggilan.
  • Kemudian masuk ke bilik persalinan, cuba buat panggilan di telefon bimbit dari bilik itu. Jika anda gagal membuat panggilan, bermakna terdapat kamera tersembunyi di sana!

Ini adalah disebabkan gangguan kabel optik fiber ketika pindahan isyarat.

Mengesan Cermin 2- Hala Dalam Tandas Awam dan Bilik Hotel.

Berapa ramai daripada kita yang pasti bahawa cermin yang kelihatan biasa-biasa di tandas awam dan bilik hotel itu adalah cermin sebenar, dan bukan cermin 2-hala?
Skodeng boleh melihat anda tetapi anda tidak boleh melihat mereka!!

Terdapat kes-kes di mana skodeng memasang cermin 2-hala dalam bilik persalinan wanita atau tandas awam dan juga tandas hotel. Memang sukar untuk mengenal pasti permukaannya hanya dengan melihat dengan pandangan mata kasar.

Cuba lakukan ujian mudah ini:
  • Letakkan kuku jari anda di permukaan yang membalikkan imej itu. Jika terdapat RUANG di antara kuku dan imej kuku anda, itu adalah CERMIN TULEN.

  • Jika kuku anda TERUS MENYENTUH imej kuku, berhati-hatilah. Itu adalah CERMIN DUA HALA. Mungkin anda sedang diperhatikan di sebelah sana!  

CERMIN TULEN mempunyai ruang kerana lapisan perak berkilat cermin itu  berada di BAWAH kaca jernih tersebut.

CERMIN DUA HALA pula mempunyai lapisan perak DI ATAS PERMUKAAN kaca jernih tersebut.

Oleh itu, jangan lupa melakukan ujian “kuku jari” ini setiap kali anda melihat cermin di tempat awam.  

No comments:

Post a Comment