Tuesday, October 11, 2011

Mawar - Ratu Segala Bunga


serenemaklong.blogspot.com




Bunga mawar atau ros yang tergolong dalam keluarga tumbuhan Rosaceae ini sering diguna bagi menyerikan majlis pertunangan, perkahwinan, harijadi dan berbagai keraian lain. Ia adalah simbol cinta kepada insan tersayang.



Bunga mawar terdiri daripada berbagai bentuk dan warna seperti merah terang, merah tua, merah muda, oren, putih dan pelbagai warna baru lagi unik hasil daripada kacukan.  


Pokok mawar kacukan atau hibrid banyak menghasilkan pokok renek yang mudah dijaga untuk dijadikan tanaman pasuan, pokok sempadan, pokok pagaran dan boleh dilatih untuk memanjat dinding, tembok, pergola, para-para (trellis).




Pokok mawar ditanam dan tidak cerewet di segi penjagaan. Langkah menanamnya adalah seperti berikut.
  • Pilih ranting atau batang yang matang kemudian potong secara menyerong kira-kira 4 inci panjang.
  • Celupkan bahagian bawah keratan tadi dalam hormone penggalak akar untuk mempercepatkan pertumbuhan akarnya.
  • Semaikan keratan itu dalam medium pasir sungai atau tanah campuran untuk pokok berpasu kemudian siram.
  • Letakkan bekas semaian dalam beg plastik supaya lembap dan menggalakkan akar. Tanggalkan plastik selepas tunas muncul.
Petua membiak mawar




Penjagaan
  • Gunakan sungkupan seperti sabut kelapa untuk menutupi medium tanamannya agar lembap sentiasa.
  • Bagi mengekalkan kelembapan persekitaran, sembur air di keseluruhan pokok.
  • Bunga mawar yang dijual secara komersial kebanyakannya didatangkan dari Cameron Highlands dan memerlukan semburan air bagi mengekalkan kesuburan. Siram anak pokok dan jangan biarkan medium semaiannya kering. Apabila tunas sudah tumbuh kira-kira 3 inci, pindah dan tanam dalam medium tanaman kekalnya seperti yang dinyatakan di bawah ini. Ia boleh juga dibiakkan menggunakan biji benih yang diimport dan boleh dibeli dari pusat tanaman. Namun begitu untuk mendapatkan pokok yang cantik dan segera, beli saja dari pusat tanaman yang banyak menjualnya.
Medium tanaman
  • Pokok ini memerlukan medium tanaman berasaskan tanah yang subur, lembap tetapi mempunyai saliran yang baik supaya air siraman senang mengalir keluar. Campuran tanah untuk pokok berpasu ialah dalam nisbah 3:2:1 (tanah peroi: baja kandang:pasir sungai).
Air
  • Siram dua kali sehari pada hari panas iaitu pada waktu pagi dan petang. Siram bila perlu sahaja ketika hari hujan dan elakkan air bertakung di dalam medium tanahnya.
Cahaya
  • Pokok bunga mawar suka kepada cahaya matahari yang banyak bagi pengeluaran bunga yang lebat dan cantik warnanya.   
Pembajaan
·          Seelok-eloknya gunakan baja yang dikhususkan untuk bunga mawar. Namun baja organik seperti najis ayam atau kelawar dan baja kimia juga sesuai untuknya. Gunakan baja kimia berwarna hijau untuk daun dan pertumbuhan pokok yang subur manakala baja merah untuk pengeluaran bunga. Gunakan baja mengikut arahan yang tertera di pek bagi mendapatkan pertumbuhan bunga yang cantik.  

No comments:

Post a Comment