Friday, October 7, 2011

Rawatan Kanser Cara Islam


serenemaklong.blogspot.com

Kiriman dari Schanizan@gmail.com (seorang pengamal perubatan dari Angkatan Perawat Islam Nur Ehsan, Kuang, Selangor D.E. )

PENYAKIT  kanser merupakan penyakit berbahaya yang memerlukan kos tinggi untuk dirawat menurut kaedah moden. Di sini diberikan beberapa panduan kaedah Islam untuk menghapuskan sel-sel kanser daripada merebak ke seluruh tubuh.

ang perlu disedia dan dilakukan ialah:
  • 3 botol besar Minyak Zaitun Extra Virgin
  • 3 botol air mineral 5 liter
Buka penutup semua peralatan di atas, rapatkan mulut ke muncung botol dan bacakan Fatihah 70 kali. Kemudian tiup 10 saat pada semua barang-barang itu.

Masukkan secawan air mineral ke dalam sebuah cawan lain, campurkan satu sudu minyak zaitun dan minum. Minum 1 kali pagi dan 1 kali petang selama sebulan.

Sapukan minyak zaitun 1 kali dan 1 kali petang selama sebulan pada anggota tubuh yang mengidap kanser.

Makan 1 biji kapsul Habbatus Sawda 1 kali pagi dan 1 kali petang selama sebulan.

Dengar CD RUQYAH sebanyak mungkin setiap hari selama sebulan.

Selepas mengamalkan kaedah di atas selama sebulan, anda boleh pergi ke hospital untuk sesi imbasan (scanning). InsyaAllah penyakit kanser anda beransur sembuh.

Pihak kami berpengalaman dalam merawat kanser Peringkat 4 dan Alhamdulillah ramai yang sudah sembuh. Semua penyakit kanser yang kami rawat adalah berpunca daripada gangguan jin.

Malam tadi pihak RTM telah melakukan penggambaran di premis kami dan menemubual beberapa pesakit kami yang telah sembuh. InsyaAllah program itu bakal disiarkan ke udara di RTM 2 pada hujung November 2011.

No comments:

Post a Comment