Saturday, October 15, 2011

Kereta Potong Dan Sambung


serenemaklong.blogspot.com

Memandu kenderaan potong dan sambung tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang merupakan satu kesalahan.

Sabit kesalahan seseorang boleh didakwa di bawah Seksyen 6(1),(2),(3),(4),(5), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 94 Kaedah Pengangkutan Jalan Motor Vehicle (Construction & Use) Rules 1959 yang menyebut: Jika sesuatu kenderaan motor telah digunakan, dijual, atau dibekalkan atau ditawarkan untuk jualan atau diubahsuai dengan melanggar seksyen ini, mana-mana individu yang menggunakan kenderaan motor itu atau menyebabkan atau membenarkan digunakan sedemikian dan mana-mana individu yang menjual atau membekalkan atau menawarkan untuk jualan demikian atau mengubah kenderaan motor tersebut atau menyebabkan atau membenarkan dijual, dibekalkan untuk jualan atau diubahsuai adalah melakukan kesalahan.

Pengubahsuaian yang tidak dibenarkan
Pengubahsuaian yang tidak dibenarkan boleh menjejas kestabilan kenderaan atau  menyebabkan kenderaan itu berbahaya apabila diguna di jalan raya. Di bawah ini dinyatakan senarainya:
  • Potong dan sambung lantai kenderaan dari kiri ke kanan.
  • Potong dan sambung panel from windscreen dari kiri dan kanan.
  • Potong dan sambung panel rear windscreen kiri dan kanan
  • Menyambung semula badan kenderaan separuh potong (half-cut) kepada mana-mana kenderaan lain.

Cara mengelak daripada membeli kenderaan potong dan sambung:
  • Bila membeli sesebuah kenderaan terpakai, pastikan nombor casisnya tidak diganggu.
  • Pastikan kenderaan diperiksa oleh PUSPAKOM
  • Pastikan penjual menyelesaikan masalah pendaftaran dan pelesenan terlebih dahulu.
  • Pastikan kenderaan bebas daripada senarai hitam
  • Pastikan semua butiran dalam kad pendaftaran kenderaan sama dengan kenderaan yang hendak dibeli
  • Pastikan anda menyemak data kenderaaan di JPJ.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:

Pengarah
Bahagian Pelesenan Kenderaan
Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Aras 1-5, Blok D4, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Telefon: 03-888 6427
Faks: 03-888 6625
Emel: pkend@jpj.gov.my

1 comment:

  1. ini kes lama..kalo dh pakai kereta potong sampai skrg nak buat macamane??aku nak jual pn tak boleh...macamane tu...

    ReplyDelete