serenemaklong.blogspot.com
DAPUR
merupakan gedung di mana terdapat berbagai bahan dan makanan yang boleh diguna
untuk meningkatkan kesihatan kita. Jom kita lihat sebahagian daripada khasiat
bahan yang tersimpan di dalamnya.
Halia
Halia (Zingiber Offilinal)
berasal dari kelompok Zingiberaceae,
tumbuhan yang sangat terkenal dalam bidang perubatan sejak zaman dahulu. Selain
diguna dalam masakan, ia berkhasiat untuk membuang angin dalam badan,
melawaskan pembuangan air, membantu penghadaman, mengecutkan rahim serta
merangsang otot wanita baru bersalin, menghalang pembentukan leukotrieme atau radang hasil tindak
balas kimia di dalam badan dan merangsang peredaran darah.
Kunyit
Daun dan isi kunyit banyak diguna dalam masakan. Selain
itu ia juga diguna oleh masyarakat Melayu sebagai jamu terutama untuk
mengecutkan rahim wanita baru bersalin. Kunyit juga ditumbuk bersama sedikit
garam dan dilumur ke bahagian perut sebelum dibarut kemas.
Seperti halia, kunyit juga mampu mengeluarkan angin
daripada badan di samping menyembuhkan luka dalaman kerana ia anti-anflimasi.
Tidak kurang juga orang yang menggunakan kunyit sebagai pupur bagi melicinkan
kulit wajah.
Kaum Cina menggunakan kunyit untuk melancarkan peredaran
darah di samping menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Dalam perubatan
Thai, kunyit diguna untuk merawat bisa patukan ular tedung.
Kacang Hijau Cepat Empuk
Merebus
kacang hijau memang mengambil masa yang lama. Untuk menjadikan ia cepat empuk
bila dimasak, tuang air panas ke atas kacang hijau yang telah dicuci bersih,
tutup rapat selama beberapa minit. Selepas itu rebus seperti biasa.
Menghilangkan Bau Tengik Minyak
Masak
Panaskan
minyak di dalam kuali dan masukkan beberapa helai daun pandan. Goreng
hingga garing. InsyaAllah bau tengik akan hilang dan minyak itu boleh digunakan
semula.
PADA hari ini walau ke mana pun kita mengalihkan
pandangan, yang terpapar di mata ialah manusia gemuk dan obes. Punca utama
ialah cara pemakanan tidak sihat yang
terdiri daripada makanan berproses.
Sayur-sayuran dan buah-buahan jarang diambil. Malah ramai
yang tidak suka kepadanya. Pernah seorang doktor
muda mengaku yang dia tiada selera hendak makan sayur-sayuran dan
buah-buahan. Itu doktor, kalau orang biasa tentu berlebih lagi.
Kegemukan dan obes umpama bom jangka yang boleh meletup
pada bila-bila masa sahaja. Tahu-tahu mangsanya terkulai layu akibat serangan
jantung, strok, kanser dan diabetes. Semua penyakit ini adalah disebabkan gaya
hidup masa kini.
Mari kita hidangkan makanan berkhasiat setiap hari demi
kesihatan keluarga. Pada mulanya memang sukar untuk menelan namun jika terus
diamalkan lama kelamaan makanan seperti ini akan menjadi kebiasaan dan akhirnya
digemari pula. Di bawah ini ada beberapa contoh:
Kerabu Aneka
Ikan Pari
Ikan pari yang dilumur serbuk kunyit dan garam digoreng,
kemudian leraikan isinya. Dalam sebuah mangkuk, gaulkan isi ikan dengan daun kaduk dan
serai yang dimayang halus.
Dalam
sebuah mangkuk lain, campurkan bawang merah dan belacan yang dikisar, 3 sudu
besar pati santan, 2 sudu besar sos cili padi, 2 sudu besar kicap pedas, 3 sudu
besar kuah rojak madu dan kerisik. Tambah garam dan gula jika perlu.
Sebelum disaji, gaul rata semua campuran sos dan ikan.
Hidangkan segera.
Salad
Buah-buahan
Masukkan ke dalam sebuah mangkuk hirisan pisang
berangan, buah pir, epal, jambu, oren,
buah tamar dan kismis. Tuangkan ke atasnya ½ cawan jus oren yang dicampur
dengan sedikit gula.
Tutup mangkuk dengan kerajang aluminium dan simpan
dalam peti sejuk.
Sebelum
dihidang, taburkan dengan coklat parut.
Sup
Salad
Alas piring dengan daun salad yang lebar.
Tumis bawang besar dan kentang dadu selama 5 minit. Masukkan
800ml air dan kiub stok ayam. Setelah menggelegak, perlahankan api dan tutup
periuk. Renih sehingga kentang empuk. Keluarkan sup daripada periuk.
Masukkan daun salad hijau dan daun ketumbar yang dihiris halus. Dikisar
hingga sebati.
Masukkan semula ke dalam periuk bersama 2 sudu krim dan 200ml air untuk
mendapatkan kepekatan yang sesuai.
Sajikan dengan hirisan daun salad merah.
No comments:
Post a Comment