Friday, October 7, 2011

Tanda-tanda Awal Serangan Kanser

serenemaklong.blogspot.com



TANDA penyakit kanser seelok-eloknya dikesan seawal mungkin. Namun kebanyakan orang sering mengandaikan tanda-tanda itu cuma sakit biasa sahaja, lalu mengambil langkah 'bijak' sendiri dengan menelan Panadol atau membeli ubat di farmasi.

Pernahkah anda membuat pemeriksaan tahunan seperti ujian colonoscopy atau ujian PSA? Tentu ramai yang menggelengkan kepala. Tidak mengapa kerana meskipun penting, setakat membuat ujian seperti itu belum tentu dapat melindungi daripada kanser. 

Anda tentu tidak mahu menyertai barisan pesakit kanser yang terlewat menyedarinya, bukan? Oleh itu, perhatikan perkara-perkara berikut. Mungkinkah ia merupakan penggera awal atau notis pemberitahuan bahawa sel-sel kanser sedang mula bertapak dalam tubuh anda. 

Sakit perut atau senak perut.
Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / mengalami sakit perut tanpa sebab. 

Sakit yang seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas

Perut kejang dan sakit perut berterusan.
Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan-nekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah. 

Oleh itu jika anda mengalami sakit perut yang bukan berpunca akibat tersalah makan atau  masalah pencernaan, jumpalah doctor. Minta dia arahkan pemeriksaan menyeluruh dan buatlah 'ultrasound'

"Asid perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit.
Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan dengan memakan antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.

Sakit yang tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah kanan yang lebih rendah boleh menjadi tanda awal kanser hati, yang dikenali sebagai salah satu "pembunuh senyap." Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga. 

Jika anda mempunyai serangan kerap asid perut, sakit perut yang tidak dapat dijelaskan, atau perasaan penuh selepas makan walaupun anda makan kurang daripada biasa, hubungi doktor anda. 

Kehilangan berat badan.
Anda seorang yang tidak aktif tetapi tiba-tiba berat badan turun tanpa dapat dijelaskan. Ini adalah petanda awal kanser kolon. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan boleh juga menjadi tanda kanser yang merebak ke hati, memberi kesan kepada selera anda dan keupayaan badan anda untuk membersihkan sisa. 

Jaundis / demam kuning.
Barah pankreas sering ditemui apabila seseorang mengidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata. Air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan nyahhidrat, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah. Sesetengah orang yang mengidap barah pankreas mengatakan, mereka perasan kulit mereka rasa gatal sebelum mereka menyedari bahawa mereka mengidap jaundis. 

Berdehit atau sesak nafas.
Sesak nafas, sakit dada, atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru. 

Batuk yang kronik atau sakit dada.
Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru, boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk. 

Gejala-gejala itu berterusan, atau tanda-tanda itu hilang sekejap kemudian datang semula berulang-ulang. Sesetengah pesakit kanser paru-paru memberitahu yang sakit dada dialami itu menjalar hingga ke bahu atau ke bawah lengan. 

Kerap demam atau terkena jangkitan. 
Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sumsum tulang. Leukemia menyebabkan sumsum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh masa yang panjang. 

Kesukaran menelan.
Yang sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak, kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga. Lelaki yang didiagnosis dengan kanser esophageal mengalami rasa sakit ketika menelan makanan/minuman. Kadang-kadang anda rasa ada sesuatu tersekat di kerongkong. Dapatkan nasihat doktor kerana pada saat ini mungkin esofagus anda sudah menjadi sempit atau ada tumor dalam kerongkong. 

Gastroesophageal refluks (GERD) - Satu keadaan di mana asid perut naik ke dalam esofagus, menyebabkan pedih hulu hati dan rasa berasid di tekak - boleh mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai esofagus Barrett, yang boleh menjadi penyebab kanser esophageal.

Bengkak muka
Sesetengah pesakit kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka. 

Nodus limfa yang bengkak di leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan)
Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia. 

Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak berhenti
Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di jari dan tangan. Ini kerana sel-sel leukemia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan menjadi beku. 

Lemah dan letih
Sering merasa lemah, letih tanpa sebab sehingga susah hendak tidur, segeralah berjumpa doktor.

Pendarahan rektum atau darah dalam najis.
"Saya fikir ia buasir" adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor dengar apabila mendiagnosis kanser kolorektal. 

Sembelit, cirit-birit, dan perubahan dalam najis semua boleh menjadi tanda-tanda kanser. 
Ia berlaku lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas, seperti flu atau keracunan makanan. Orang yang didiagnosis mengidap kanser kolon lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. 

Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya. 

Sukar membuang air kecil
Tanda-tanda awal kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing.Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti. 

Rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil. 
Gejala ini juga boleh menunjukkan jangkitan saluran kencing atau penyakit kelamin.  Gejala ini sering digabungkan dengan perasaan bahawa anda perlu pergi kencing lebih kerap, terutamanya pada waktu malam. Gejala-gejala ini boleh juga menunjukkan keradangan atau jangkitan pada prostat atau hiperplasia benign prostatic, yang berlaku apabila prostat menjadi lebih besar dan menyekat aliran air kencing. 

Kencing berdarah dan darah dalam air mani. Adalah tanda bahaya kanser prostat. 

Masalah ereksi. 
Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mengidap kanser prostat.

Sakit pada pangkal paha, pinggul, atau abdomen
Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, peha, atau bahagian paling rendah di belakang. 

Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki. 

Bengkak buah zakar.
Ketulan yang menunjukkan kanser testis tidak langsung menyakitkan. Ia juga biasa bagi testis membesar atau membengkak. 

Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya.
Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit di belakang pinggang dan di bahagian lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang adalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas. 

Puting payudara bersisik atau dan mengeluarkan cairan
Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, ya! Mereka mengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, iaitu ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada. 

Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik, atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir. 

Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak, atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bagaimana tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tetapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering.

Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus - dan berhati-hati memeriksa kulit di seluruh tubuh untuk pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik. 

Perubahan pada kuku.
Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh menjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. 

Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.

JIKA ADA MANA-MANA TANDA DI ATAS, SEGERA BERJUMPA PAKAR PERUBATAN. JANGAN TUNGGU LAGI!

(Sumber: Melanie Haiken, Caring.com)

No comments:

Post a Comment