Tuesday, September 27, 2011

Tanggalkan Deposit Kalsium Kolam Renang


serenemaklong.blogspot.com

Air liat atau penggunaan granular pool shock yang tidak betul boleh menyebabkan air kolam renang keruh kerana kehadiran kalsium yang terlalu banyak di dalam air. Paras kalsium yang tinggi menimbun di jubin kolam renang. Deposit kalsium yang tinggi memang tidak diingini, meskipun ia tidak berbahaya atau menjejaskan kesihatan. Anda sendiri boleh membersihkannya, namun kalau keadaannya terlalu teruk, sebaik-baiknya minta minta nasihat pakar pembersih kolam atau mohon khidmat pembersihan daripada pembekal barangan kolam renang.

Cara Membersihkan Kolam Renang

Peralatan yang diperlukan ialah:
Sarung tangan getah
Span atau kain penyental
Asid Muriatik
Gogel
Jaluran ujian pH

Tatacara Pembersihan:
  • Pakai sarung tangan getah dan gogel. Pilih kawasan yang hendak diuji. Letakkan sedikit asid pada span dan sental garisan kalsium sehingga tanggal. Berhati-hati supaya asid muriatik tidak bersentuhan dengan kulit dan jangan terhidu wasapnya. Jika anda gagal menanggalkannya, minta nasihat pakar. Namun kalau berjaya, teruskan usaha itu. Gunakan asid secara berpada-pada. Jangan dilambakkan dalam air kerana ia akan mengurangkan paras pH kolam itu.
  •  Setelah seluruh kolam dibersihkan, uji airnya. Jika pH berkurangan, anda perlu menambah kimia bagi meningkatkannya (yang biasa digunakan ialah natrium bikarbonat atau abu soda). Selepas beberapa jam, masukkan air ke dalam kolam dan uji air kolam itu sekali lagi untuk melihat sekiranya ada sebarang perubahan.

Air liat boleh membawa masalah kerak (scale) dan tanda kotoran, malah warna air berubah bila ia bertindak balas dengan klorin. Rawat kesan kerak dan kotoran dengan segera bagi mengelakkan masalah ini. Minta nasihat pembekal barangan kolam renang untuk mendapatkan produk yang sesuai. Setiap kali anda mengisi kolam dengan air yang baru, anda perlu membuat lebih rawatan.

No comments:

Post a Comment