Tuesday, April 12, 2011

Tiga Kegelapan - Al Qur'an Sepanjang Masa


serenemaklong.blogspot.com


Dalam Al Qur'an dipaparkan bahwa manusia diciptakan melalui tiga tahap dalam rahim ibunya.
 "Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang berbuat demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?" (Surah 39 Zumar:6)

Ayat ini ditunjukkan bahwa seorang manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahap berbeza. Biologi moden telah mengungkap bahawa pembentukan janin bayi terjadi di tiga tempat berlainan dalam rahim ibu.
Janin ketika masih berada dalam kandungan, dilapisi oleh tiga selaput yang melindunginya dari air berasal dari luar, dari panas serta cahaya, dan dinamakan tiga kegelapan.

Ini adalah pengetahuan asas dalam semua buku embriologi yang diguna oleh berbagai fakulti perubatan. Misalnya, dalam buku Basic Human Embryology, sebuah buku rujukan utama bidang embriologi, fakta ini diuraikan seperti berikut:

Kehidupan dalam rahim memiliki tiga tahap:
1. pra-embrionik; dua setengah minggu pertama,
2. embrionik; sampai akhir minggu kelapan,
3. dan janin; dari minggu kelapan sampai kelahiran.

(Williams P., Basic Human Embryology, 3. edition, 1984, s. 64.)

Fasa-fasa ini mengacu pada tahap-tahap berbeza daalam perkembangan seorang bayi. Ciri-ciri tahap perkembangan bayi dalam rahim adalah seperti berikut:


Tahap Pra-embrionik

Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpal sel yang kemudian melekatkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri sendiri bagi membentuk tiga lapisan.


Tahap Embrionik

Tahap kedua berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai "embrio". Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan-lapisan sel tersebut.


Tahap fetus

Dimulai dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai "fetus". Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahap ini  fetus dilihat menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya.

Meskipun pada awalnya hanya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah kelihatan. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjutan hingga minggu kelahiran.

Maklumat mengenai perkembangan yang terjadi dalam rahim ibu ini diketahui setelah diteliti dengan menggunakan peralatan moden. Namun, seperti fakta-fakta ilmiah lainnya, semua maklumat ini telah lama disampaikan menerusi ayat-ayat Al Qur'an.

Maklumat terperinci dan tepat yang diberikan dalam Al Qur'an ketika manusia belum lagi mempunyai begitu banyak pengetahuan di bidang kedoktoran, membuktikan bahawa Al Qur'an bukanlah ciptaan manusia tetapi Firman Allah S.A.W.

Semoga ini menjadi renungan bagi semua terutama bagi mereka yang murtad hanya kerana dunia. Na’uzubillah.

APA BUKTI ISLAM ITU BENAR?
Untuk ribuan ahli baru yang menyertai setiap hari, sila klik:
http://www.facebook.com/pages/-ISLAM-TERBUKTI-BENAR-/298400792751?v=info

Untuk Posting harian layari:
http://www.facebook.com/album.php?aid=147602&id=298400792751

Klik share, like, tag, tandai agar dakwah menyebar ke seluruh pelosok. More like & More comment = membantu dakwah kerana posting ini akan sering muncul di wall member as most recent update.

Allah S.A.W. berfirman:
Menyampaikan adalah Wajib
Qs.3:20 Kewajipan kamu hanyalah menyampaikan ❤♡
Qs.5:92 Kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan dengan terang
Qs.16:82 Kewajipan yang dibebankan ke atasmu hanyalah menyampaikan
Qs.16:125 Serulah pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik
Qs.42:48 Kewajipanmu tidak lain hanyalah menyampaikan ❤♡
Qs.64:12 Kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan dengan terang

SAMPAIKANLAH, MESKIPUN CUMA 1 AYAT

No comments:

Post a Comment