Saturday, April 2, 2011

Pakej Pinjaman Perumahan Fleksibel

serenemaklong.blogspot.com

Sering kali terdengar keluhan pelanggan yang terpaksa mengambil masa hampir seumur hidup untuk melangsaikan pinjaman perumahan. Tidak kurang pula yang mengeluh kadar faedah yang dibayar sama jumlah dengan harga rumah yang dibeli. Kini terdapat pakej pinjaman perumahan dinamakan Home Free bagi tujuan pembiayaan semula rumah atau untuk pembelian hartanah yang siap dibina.

Pakej pinjaman ini menawarkan empat ciri utama:
  1. Kadar faedah yang dikenakan berasas kiraan baki harian, justeru ia lebih menjimatkan.
  2. Pelanggan yang berkemampuan berpeluang memendekkan tempoh pinjaman menerusi kaedah pembayaran balik ansuran yang melebihi daripada kadar ditetapkan setiap bulan, sekali gus mengurangkan baki utama dan juga kadar faedah yang dikenakan. 
  3. Pelanggan yang menghadapi saat kecemasan dan memerlukan sejumlah wang tunai boleh mengeluarkan semula bayaran lebihan ini. Jumlah minimum yang boleh dikeluarkan bagi setiap permohonan ialah RM5,000. Tiada had permohonan pengeluaran selagi lebihan dalam akaun baki utama mempunyai jumlah yang sama atau melebihi jumlah minimum pengeluaran. Untuk pengeluaran, peminjam perlu memberi notis dua hari lebih awal kepada pihak bank. Proses permohoan akan disiapkan dalam tempoh dua hari bekerja sebelum jumlah yang dimohon dimasukkan ke dalam akaun pelanggan atau dibayar menerusi cek, bergantung kepada permintaan pelanggan.
  4. Pakej ini tiada kos pemindahan.Oleh itu pelanggan tidak perlu membayar kos yuran guaman, duti setem, yuran pemproses dan yuran penilaian.
(Sumber: ambg.com.my)




No comments:

Post a Comment