Wednesday, April 6, 2011

Kebaikan Coklat

serenemaklong.blogspot.com

Coklat mempunyai antioksidan dinamakan flavonoid yang melindungi tubuh daripada penuaan yang berpunca daripada radikal bebas. Flavonoid membantu merehatkan tekanan darah menerusi penghasilan nitrik oksida dan mengimbangkan hormon tertentu dalam badan. Satu bar coklat sehari boleh membantu sistem kardiovaskular dan jantung dapat berfungsi dengan lancar.

Kebaikan coklat:
  • 100 gram coklat hitam (kira-kira setengah bar) sehari boleh membantu menurunkan tekanan darah individu yang menghadapi masalah  darah tinggi.
  • Menurunkan paras kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) sehingga 10 peratus.
  • Rasanya enak.
  • Merangsang penghasilan hormon endorfin yang memberi rasa gembira.
  • Mengandungi theobromina, kafein dan bahan-bahan lain yang bertindak sebagai perangsang.
  • Lemak di dalam coklat terdiri daripada satu pertiga asid oleik, satu pertiga asid stearik dan satu pertiga asid palmitik. Ini semua tidak memberi kesan buruk terhadap kolesterol badan.
Asid oleik merupakan lemak taktepu yang sama seperti minyak zaitun. Asid stearik pula memang lemak tepu tetapi kajian menujukkan ia mempunyai kesan neutral ke atas kolesterol. Begitu juga asid palmitik merupakan lemak tepu dan mampu meningkatkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan paras kolesterol. Ini bermakna hanya satu pertiga bahagian coklat sahaja yang mempunyai kesan tidak baik ke atas tubuh penggemar coklat.

Jika anda makan setengah bar coklat sehari, sebaik-baiknya kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi yang lain seperti makanan manis atau makanan ringan. Dengan cara ini kalori yang diambil dapat diseimbangkan.

Coklat merupakan makanan kompleks terdiri daripada lebih 300 bahan luar dan bahan kimia.  Peminat boleh menikmati coklat dari sudut bentuk, bau dan rasa.

Antioksidan coklat hitam lebih tinggi berbanding coklat putih atau coklat susu. Coklat mempunyai 65 peratus atau lebih kandungan koko.

Jika ingin membeli coklat, pilihlah coklat hitam asli atau coklat hitam yang mengandungi kekacang dan  perasa. Elakkan coklat mengandungi karamel, nuget coklat atau inti pelbagai rasa yang hanya menambah kalori dan menghapuskan kebaikan coklat.

Elakkan minum susu selepas makan coklat kerana ini boleh menghalang antioksidan dalam coklat diserap oleh badan.      

No comments:

Post a Comment