Thursday, April 7, 2011

Bakhil Bukan Remeh

serenemaklong.blogspot.com

Sesungguhnya sifat BAKHIL bukan remeh. Padah yang menimpa diri sendiri sungguh besar jika dibiarkan berterusan.

Bakhil wang:
  • Wang RM50 terasa terlalu banyak bila dimasukkan ke kotak derma masjid, tetapi terasa terlalu sedikit bila dibelanjakan di pasaraya.
Bakhil masa:
  • Tempoh 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tetapi terasa terlalu singkat untuk perlawanan bola.
  • Tempoh 2 jam terasa terlalu lama berada di masjid tetapi terlalu singkat ketika menonton rancangan hiburan.
  • Betapa bosan mendengar khutbah Jumaat tetapi betapa gembira mendengar sorakan di padang bola.
  • Betapa leceh hendak membaca 1 juzuk Al-Quran tetapi betapa pantas menghabiskan pembacaan majalah hiburan dan novel.
  • Betapa ramai berebut tempat paling depan ketika menonton bola dan konsert tetapi lebih ramai berebut saf paling belakang ketika bersolat Jumaat sebab boleh cepat cabut keluar.
  • Perlukan notis 3 – 4 minggu untuk memasukkan acara ilmuan ke dalam jadual harian tetapi sanggup mengubah jadual harian sekelip mata kerana hendak pergi menonton atau menghadiri makan malam.      
Bakhil ayat:
  • Terlalu susah merangkai ayat untuk doa dan solat, tetapi terlalu mudah “mengayat” sembang dengan rakan dan kekasih.
  • Sangat susah hendak mengajak menyebarkan dakwah tetapi sangat mudah menyebarkan gosip.
  • Sangat mudah mempercayai emel layang di Internet tetapi selalu mempersoalkan kandungan Al-Quran dan Hadis.
  • Sangat mudah mengirim emel bahan lawak tetapi sangat sukar mengirim emel bahan dakwah.  
  • Sangat ingin masuk syurga padahal diri sendiri kurang iman dan kurang amal.
Sabda Rasulullah SAW: Orang bakhil jauh dari Allah SWT, jauh dari syurga, jauh dari pergaulan manusia, dekat dengan api Neraka. Orang dermawan dekat dengan Allah SWT, dekat dengan Syurga, dekat dengan pergaulan manusia, jauh dari api Neraka.

Oleh itu, larilah jauh-jauh dari sifat BAKHIL.

No comments:

Post a Comment