Saturday, April 9, 2011

Ibnu Yunus - Ilmuan Astronomi

serenemaklong.blogspot.com

Ibnu Yunus atau nama penuhnya Abu al-Hassan Ali ibnu Abdur-Rahman ibn Ahmad ibnu Yunus ibnu Abdul A’la al-sadafi dilahirkan dalam keluarga ulama. Bapa Yunus merupakan seorang ulama, ahli sejarah dan perawi hadis terkenal pada zamannya dan menulis dua jillid sejarah Mesir.

Ibnu Yunus dilahirkan apda tahun 348 Hijrah atau 358 Masehi di Mesir dan meninggal dunia pada tahun 399 Hijrah atau 1009 Masihi. Cendekiawan Arab Mesir berketurunan Yaman ini adalah antara para sarjana Islam yang mengukir nama dan kegemilangan dalam pelbagai cabang ilmu.

Ibnu Yunus pernah diminta oleh Khalifah al-Aziz pada 386 Hijrah atau 995 Masihi untuk menulis sebuah rajah penggerak cakerawala untuk kegunaan baginda sendiri. Kemudian beliau telah diminta oleh khalifah yang sama untuk membina sebuah pusat kajian bintang di kota Kaherah.

Bukan sahaja pakar dalam ilmu falak, Ibnu Yunus juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang ilmu yang lain, malah beliau juga merupakan seorang yang kreatif dan penyair yang produktif. Hasil karya agung beliau yang masih boleh didapati dan dijadikan rujukan sehingga hari ini termasuklah al-Ziji al-Kabir.

Ibnu Yunus telah memperkenalkan satu penemuan yang baru iaitu berupa ladung atau ayunan yang digunakan untuk mengetahui detik waktu, meneropong objek di angkasa serta ladung yang digunakan pada jam dinding.

Karya beliau yang lain adalah Kitab al-Mikail yang membincangkan mengenai kedudukan matahari manakala Kitab at-Ta’dil al-Muhkam pula membincangkan gerhana matahari dan bulan.

Ibnu Yunus juga menghasilkan karya yang membincangkan daftar bayang-bayang, daftar azimuth matahari, mengukur waktu solat yang tentu sahaja membei sumbangan besar kepada masyarakat Islam. Dalam buku berkenaan, beliau membincangkan tentang perjalanan cakerawala oleh para sarjana yang terdahulu dan sezaman dengan beliau.

Menerusi balai cerap yang terdapat di Jabal Muqattam, Ibnu Yunus menemui rubu’ berluang atau dikenali sebagai Gunners quadrant yang sering diguna untuk mengukur gerakan bintang. Ibnu Yunus juga sangat terkenal dengan karya astronomi Az-Zij al-Kabir al-Hakimi atau Zij Ibnu Yunus, yang kini dikenali sebagai Hakemite Astronomical Table.

Bagaimanapun sebahagian besar karyanya hilang lenyap begitu sahaja. Karya berkenaan mulai disusun pada tahun 380 Hijrah atau 990 Masehi dan diselesaikan lagi di saat-saat akhir hayatnya.

Zij yang terdiri daripada empat jilid kemudiannyua tersebar ke pelbagai penjuru dunia yang mutunya lebih tinggi dibanding karya Claudious Ptolemaios dan telah diterbitkan dan diterjemah dalam pelbagai bahasa.

Ibnu Yunus banyak memberi sumbangan dalam kemajuan sains dalam zamannya. Beliau mencipta pelbagai kaedah penting dalam mengira kepantasan waktu. Hasil kaedah beliau ini telah banyak menjelaskan persoalan tentang pergerakan cakerawala. Dalam pergerakan bulan dan matahari, Ibnu Yunus banyak menjalankan kajian di pusat penyelidikan yang dibina atas inisiatif sendiri di Kaherah, Mesir. Selain itu Ibnu Yunus juga berjaya mencipta batu jam.

Hasil-hasil kajian berkenaan telah diguna untuk tujuan kajian perbandinan semasa bergiat dalam bidang berkenaan dengan saintis lain. Beliau hidup dan bergiat di Kaherah, tidak seperti ilmuan lain yang rata-rata tertumpu di Baghdad, kota ilmu waktu itu.

Ibnu Yunus merupakan pakar astronomi yang terulung di zaman itu di mana hasil ciptaan beliau telah menjadi sumber rujukan utama buat ahli astronomi sekarang. Apa yang membanggakan namanya tercatat  pada salah satu kawah di Bulan – Kawah Ibnu Yunus.

Dikatakan beliau dapat meramalkan hari kematiannya tujuh hari sebelum itu tanpa menunjukkan tanda-tanda penyakit yang serius.

No comments:

Post a Comment