serenemaklong.blogspot.com
Klorin adalah bahan kimia yang biasa diguna untuk menjadikan kolam renang dan jakuzi bebas daripada bakteria berbahaya.
Klorin membunuh bakteria menerusi tindak balas kimia yang ringkas.
Cecair klorin yang ditambah dalam air berpecah kepada beberapa bahan kimia berbeza termasuk asid hipokloros (HOCI) dan ion hipoklorit (OCI`).
Kedua-duanya membunuh mikroorganisme dan bakteria dengan menyerang lipid pada dinding sel dan memusnahkan enzim struktur di dalam sel menjadikannya kurang berbahaya.
Perbezaan antara HOCI dan OCI` adalah kepantasan mengoksida. HOCI hanya mengambil masa beberapa saat untuk pengoksidaan organisme manakala OCI` mengambil masa 30 minit.
Paras HOCI dan OCI` berubah-ubah dengan bacaan pH. Jika pH terlalu tinggi, HOCI tidak mencukupi dan pembersihan kolam renang akan mengambil masa lebih lama daripada biasa. Sebaik-baiknya aras pH dalam kolam adalah antara 7 dan 8, 7.4 adalah aras paling ideal iaitu pH air mata manusia.
Apabila HOCI dan OCI` selesai membersihkan kolam renang, ia bergabung sama ada dengan bahan kimia lain seperti amonia atau pecah kepada atom tunggal.
Kedua-dua proses menjadikan klorin tidak berbahaya dengan cahaya matahari mempercepatkan proses berkenaan.
Bagaimanapun, klorin mempunyai kesan sampingan seperti bau yang kurang menyenangkan dan menyebabkan radangan pada kulit.
Manakala OCI` pula menyebabkan fabrik cepat lusuh jika lambat dibilas apabila keluar daripada kolam renang.
No comments:
Post a Comment