Anda tentu pernah mendengar nama Thomas Alfa Edison, pelajar yang pernah dibuang sekolah kerana dikatakan kurang cerdik tetapi akhirnya mencipta lampu pijar dan lebih 1,000 penciptaan yang lain. Dia mendefinisikan kecerdasan sebagai 1 % inspirasi dan 99% keringat.
Untuk memulakan beberapa projek baru, Edison menjual sahamnya di General Electric yang diusahakannya lama sebelum itu. Malangnya, projek baru itu tidak mampu bersaing dengan syarikat lain yang kukuh kewangannya. Lama kelamaan projek itu gagal dan tidak boleh diteruskan lagi.
Setahun kemudian, Edison diberitahu bahawa nilai saham perusahaan lamanya, General Electric telah naik mendadak di pasaran. Edison tidak kesal dan tidak pernah menyalahkan diri dengan mengatakan, " Kalaulah saya tidak buat begitu atau buat begini...."
Reaksinya kepada maklumat itu hanyalah," Well, it's all gone, but we had a hell of a good time spending it," padahal wang hasil penjualan saham General Electric itu telah habis dikeluarkan untuk membiayai projek yang akhirnya gagal.Dia tidak bersedih dan tidak berputus asas. Dia mengambil iktibar daripada pengalaman itu untuk bangkit lagi dengan berkata," Life must go on. I'll do better next time."
Tindakannya betul. Kita tidak perlu bersedih dengan kegagalan. Segala yang berlalu tidak akan kembali. Jangan biarkan diri berasa lemah. Jadikan kegagalan itu sebagai tangga untuk mencapai kejayaan yang lain. Jauhi sikap berandaian "kalau". Insya Allah kita akan lebih bahagia.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang mukmin yang kuat (jasmani dan rohani) lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah. Namun begitu kedua-duanya sama-sama mempunyai kelebihan. Jagalah agar kamu selalu dalam keadaan yang bermanfaat bagi dirimu dan mohonlah selalu pertolongan kepada Allah, dan jangan bosan. Jika engkau mendapat ujian, jangan berkata, “KALAU (tadi) aku buat begini dan begitu (tentu tidak akan begini jadinya).” Tetapi ucapkanlah: “ALLAH MAHA BERKUASA MEMBUAT SEKEHENDAK-NYA.” Kerana kata-kata KALAU memberi peluang bagi syaitan.”
[Shahih Muslim no. 2287]
No comments:
Post a Comment