serenemaklong.blogspot.com
Sistem pencahayaan boleh diselaras demi mencapai kesan yang diinginkan. Di sini dijelaskan 5 cara penataan cahaya:
Cahaya Ambient
Umumnya teknik ini diguna bagi menerangi ruang secara keseluruhan. Ia paling sesuai dipasang di ruang yang tidak memerlukan aktiviti fokus pada visual seperti ruang perbincangan. Kebanyakan bilik tidur di kediaman sekarang agak kecil. Oleh itu cukup hanya dengan sepasang lampu ini bagi menerangi keseluruhan ruang dengan sinaran yang ideal.
Cahaya Tidak Langsung
Teknik pencahayaan seperti ini dipanah terus ke bahagian atas dinding dan siling. Ia bertindak sebagai pembias dan menyerakkan cahaya ke seluruh ruang dengan lebih rata. Bagi kesan yang lebih mampan, catkan dinding dan siling dengan warna putih. Teknik ini mampu mengurangkan kesan bayang dan silau.
Wall Washing
Teknik ini memerlukan permukaan vertikal dan memberikan ketinggian kadar sinar cahaya.Ia menyerlahkan sesuatu dinding dan sesuai diaplikasi untuk menunjukkan pintu masuk utama atau karya seni seperti mural dan sebagainya. Biasan daripada dinding membuat ruang lebih cerah dan menghasilkan satu kesan yang lebih lembut. Lebih menyerlahkan lagi jika dinding dicat dengan rona lembut ataupun putih. Ruang yang sempit kelihatan lebih luas dan hebat.
Cahaya Accent
Cahaya Tumpu (Task Lighting)
Sistem pencahayaan ini memberi tumpuan pada sesuatu objek, terutama yang kecil. Contohnya, untuk melukis lukisan kerja senibina, seseorang arkitek perlu menggunakan lampu tumpu untuk menghasilkan kerja yang sempurna.
Rangkakan pelbagai fungsi di dalam sesebuah ruang dan lakukan beberapa tata atur perabot. Semakin meningkat usia, semakin kita memerlukan pencahayaan yang lebih jelas terutama dalam keadaan kritikal.
(Sumber: Impiana)
No comments:
Post a Comment