Thursday, January 15, 2015

Perjalanan Amalan Hamba Allah

Sebuah hadis panjang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin al Mubarak r.a. dalam kitab Az Zuhud, dengan sanadnya daripada Khalid bin Maadan. Ia mengisahkan "perjalanan amalan" seorang hamba yang dibawa oleh malaikat untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
Suatu hari Rasulullah s.a.w memberitahu Muaz bin Jabar r.a...."Wahai Muaz, sebenarnya aku mahu ceritakan kepada kamu sebuah hadis. Jika kamu mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat kepadamu di sisi Allah, tetapi jika kau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujahmu di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Wahai Muaz, sesungguhnya Allah telah menjadikan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi lalu ditentukan-Nya malaikat untuk menjaga pintu setiap langit tersebut.
Naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari. Apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke LANGIT PERTAMA, mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak, lalu berkata malaikat penjaga langit pertama, "PUKULLAH DENGAN AMALAN INI KE MUKA ORANG YANG MENGERJAKANNYA. AKULAH MALAIKAT PENJAGA GHIBAH (mengumpat). ALLAH TELAH MENYURUHKU SUPAYA TIDAK MEMBENARKAN AMALAN ORANG YANG MENGUMPAT ORANG LAIN DAPAT MELALUI AKU UNTUK TERUS NAIK KE ATAS."
Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak. Hafazhah berjaya melintasi langit pertama kerana orang yang mengerjakan amalan itu tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang. Mereka sampai ke LANGIT KEDUA lalu berkata malaikat penjaga langit kedua itu, "BERHENTI KAMU DI SINI DAN PUKULKAN AMALAN INI KE MUKA ORANG YANG MENGERJAKANNYA KERANA DIA MENGHENDAKI DENGAN AMALAN ITU AKAN MENDAPAT KEUNTUNGAN DUNIA. ALLAH TELAH MENYURUHKU SUPAYA TIDAK MEMBIARKAN ORANG SEPERTI INI MELINTASI AKU UNTUK TERUS NAIK KE ATAS. SELAIN DARIPADA ITU DIA JUGA SUKA MEMBESARKAN DIRI DI DALAM MAJLIS PERJUMPAAN. AKULAH MALAIKAT PENJAGA KEBESARAN."
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya dari pahala sedekah, solat, puasa. Para malaikat merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu melintasi langit pertama dan langit kedua. Sehingga sampai ke pintu LANGIT KETIGA maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu, "BERHENTI KAMU DI SINI DAN PUKULLAH AMALAN INI AKAN MUKA ORANG YANG MENGERJAKANNYA. AKU MALAIKAT TAKBUR. ALLAH MENYURUHKU SUPAYA TIDAK MEMBIARKAN AMALAN ORANG YANG TAKBUR DAPAT MELINTASIKU. ORANG ITU SANGAT SUKA MEMBESARKAN DIRI DI DALAM MAJLIS ORANG RAMAI."
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, solat, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit keempat. ---maka berkata malaikat penjaga LANGIT KEEMPAT, "BERHENTI KAMU DI SINI DAN PUKULKAN DENGAN AMALAN INI KE MUKA ORANG YANG MENGERJAKANNYA, BELAKANG DAN JUGA PERUTNYA. AKULAH MALAIKAT UJUB. ALLAH MENYURUHKU SUPAYA TIDAK MEMBIARKAN AMALAN ORANG YANG UJUB DAPAT MELINTASI AKU. DIA BERAMAL DENGAN DORONGAN PERASAAN UJUB TERHADAP DIRINYA."
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit kelima, seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar ke rumah pasangannya (maksudnya amalan itu berseri-seri).Lalu berkata malaikat penjaga LANGIT KELIMA, "BERHENTI KAMU DAN PUKULKAN DENGAN AMALAN INI KE MUKA ORANG YANG MENGERJAKANNYA DAN CAMPAKKAN KE TENGKUKNYA. AKULAH MALAIKAT HASAD. DIA SANGAT HASAD KEPADA ORANG YANG BELAJAR ILMU DAN BERAMAL SEPERTI AMALANNYA. DIA HASUT ORANG LAIN YANG MELAKUKAN KELEBIHAN DALAM IBADAH. DIA JUGA MENCELA MEREKA. ALLAH MENYURUHKU SUPAYA AKU TIDAK MEMBIARKAN AMALAN ORANG YANG HASAD ITU MELINTASI AKU."
Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada solat, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sampai ke langit keenam. Maka berkata malaikat penjaga LANGIT KEENAM. "BERHENTILAH KAMU DAN PUKULKAN AMALAN INI KE MUKA ORANG YANG MENGERJAKANNYA KERANA DIA TIDAK BELAS KASIHAN KEPADA HAMBA ALLAH YANG TERKENA BALA DAN KESUSAHAN, BAHKAN BERASA GEMBIRA. AKULAH MALAIKAT RAHMAT. ALLAH MENYURUHKU SUPAYA TIDAK MEMBIARKAN AMALAN ORANG INI MELINTASI AKU."
Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan solat, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari, dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu LANGIT KETUJUH maka berkata malaikat penjaga pintu langit itu, "BERHENTILAH KAMU DAN PUKULLAH DNEGAN AMALAN INI KE MUKA ORANG YANG MENGERJAKANNYA, BAHKAN PUKUL PULA AKAN SELURUH ANGGOTA BADANNYA DAN TUTUPKAN KE ATAS HATINYA. AKULAH MALAIKAT ZIKIR (SEORANG YANG BERAMAL DENGAN TUJUAN SUPAYA DISEBUT-SEBUT OLEH ORANG LAIN).AKU AKAN MENGALANG AMALAN ORANG RIYAK DARIPADA SAMPAI KEPADA TUHANKU. DIA BERAMAL BUKAN KERANA MENCARI KEREDHAAN ALLAH TETAPI BERTUJUAN SUPAYA MENDAPAT TEMPAT YANG TINGGI DI HATI PARA FUQAHA DAN SUPAYA DISEBUT DI KALANGAN PARA ULAMA DAN SUPAYA MASYHUR NAMANYA DI MERATA TEMPAT. ALLAH MENYURUHKU SUPAYA TIDAK MEMBIARKAN AMALAN ORANG YANG RIYAK MELINTASI AKU KERANA SETIAP AMALAN ORANG YANG TIDAK IKHLAS ADALAH RIYAK DAN ALLAH TIDAK AKAN MENERIMA AMALAN ORANG YANG RIYAK."
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berFirman kepada para malaikat-Nya, "KAMU YANG BERTUGAS MENJAGA AMALAN HAMBA-KU INI,DAN SEBENARNYA AKU LEBIH TAHU AKAN SEGALA ISI HATINYA. DIA SEBENARNYA TIDAK MENGHENDAKI AKAN AKU DENGAN AMALAN TERSEBUT. DIA HANYA MENGHENDAKI SESUATU YANG LAIN DARIPADA-KU. OLEH ITU MAKA AKU TURUNKAN KE ATASNYA AKAN LAKNAT-KU." Lalu para malaikat pun berkata, "Ke atasnya laknat-Mu dan juga laknat kami!" Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya."
(Sambil menangis Muaz bertanya) "Bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera?" (Rasulullah saw menjawab), "Hendaklah kamu ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz, *Jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca al-Quran (golongan ulama). *Pertanggungjawabkanlah segala dosamu ke atas dirimu dan jangan kamu mempertanggungjawabkan dosamu ke atas mereka.*Jangan kamu anggap dirimu bersih dan jangan pula kamu mencela orang lain. *Jangan kamu memuji dirimu di hadapan mereka. *Jangan kamu campurkan urusan dunia dalam urusan akhirat. *Jangan kamu menyombong diri dalam majlis, nanti orang ramai akan takut kepaadamu kerana kejahatanmu. *Jangan kamu berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu. *Jangan kamu membesarkan dirimu, maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. *Jangan kamu carikkan (pecah-belahkan) akan manusia, maka mencarik akan kamu oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti.
"Wahai Rasulullah, siapakah yang mampu melaksana segala perkara yang tuan sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?" "Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah."............[Khalid bin Maadan berkata, "Aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca al-Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini."]

No comments:

Post a Comment