Wednesday, January 14, 2015

Khasiat Timun

Timun boleh menghilangkan panas badan dari luar dan dalam. Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan "sunburn". Cecair yang ada dalam timun menyapu keluar segala toksin dari badan. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan wajah berseri dan memberi tenaga. Timun mengandungi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu timun banyak digunakan dalam rawatan di Spa. Disebabkan kandungan airnya tinggi dan kalori rendah, timun ideal untuk menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran dengan memakan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak. Mengunyah timun memberikan senaman yang baik buat rahang dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Makan timun untuk sembelit kronik.
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.Timun menyembuhkan Kencing Manis, mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah. Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan. Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun membantu merangsang pertumbuhan rambut, menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.[BERNAMA RADIO 24]

No comments:

Post a Comment