Saturday, January 10, 2015

Memandang Wanita

MEMANDANG WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA ADALAH HARAM. Begitu juga memandang lelaki yang mendedahkan auratnya. Sabda Nabi s.a.w: “Seorang lelaki tidak boleh memandang aurat lelaki yang lain, dan wanita tidak booleh memandang aurat wanita yang lain.” (HR Muslim). JIKA WANITA YANG DIPANDANG ITU MENUTUP AURAT, MAKA HARUS MELIHATNYA TANPA MEMPERLIHATKAN PERHIASANNYA. Sama seperti di jalanan, universiti, di pasar, masjid, sewaktu haji dan dalam kenderaan. Begitu juga wanita yang melihat lelaki yang beradab sopan di jalanan dan di tempat kerja. Seperti mana Sayidatina Aishah melihat kaum lelaki Habsyah yang sedang bermain. (HR al-Bukhari). TIDAK BOLEH MEMANDANG TERLALU LAMA DAN BERULANG KALI TANPA KEPERLUAN. Sabda Nabi s.a.w kepada Sayidina Ali: “Jangan mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua. Pandangan pertama itu harus bagimu, manakala pandangan kedua tidak harus bagimu (tidak berdosa).” (HR Abu Dawud).
Jika pandangan dalam situasi ini disertai dengan SYAHWAT ATAU TARIKAN LAWAN JANTINA atau boleh membawa FITNAH, MAKA IA HARAM. Hukum-hukum di atas tadi meliputi hukum memandang wanita SECARA LANGSUNG, DALAM TELEVISYEN, GAMBAR DALAM MAJALAH dll. Tiada perbezaan hukum mengenainya kerana sebab pengharamannya sama. Tujuan menundukkan pandangan adalah untuk menghalang KEGHAIRAHAN. Sesungguhnya PANDANGAN ADALAH MUKADIMAH kepada perkara-perkara haram yang lain. Fitnah dari pandangan termasuklah kelalaian hati, mengabaikan kewajipan, mengagumi kecantikan, syahwat, walaupun ia berbeza mengikut individu dan keadaan.
Sama ada wanita dalam televisyen atau gambar majalah itu bertudung, beradab sopan, membuka aurat atau berhias, mereka tidak harus dipandang, kerana ia adalah penyebab ghairah dan fitnah. GAMBAR DALAM TELEVISYEN DAN MAJALAH ITU LEBIH BESAR RANGSANGANNYA disebabkan segala yang ada pada wanita itu dari segi perhiasan, godaan, kecantikan boleh menyebabkan para suami membanding-bandingkan isteri masing-masing sehingga timbul rasa cemburu, hasad dan dengki di hati pasangan lantaran perhatian yang diberi oleh suami. Begitu juga halnya dengan wanita yang melihat gambar aurat lelaki yang mampu menimbulkan fitnah. (Fatwa oleh Dr.Muhammad Al Zuhayli dalam Al Ustaz #33).

No comments:

Post a Comment