Friday, August 1, 2014

Perisik Dalam Persatuan Palang Merah UAE

Menurut sumber primer di Gaza, sekumpulan pejuang Palestin mengesahkan bahawa seorang warganegara UAE yang menyertai delegasi Pesatuan Bulan Sabit Merah negara berkenaan adalah seorang perisik. Ketika ditahan dan disoalsiasat, dia mengaku bertugas di bawah Lembaga Keselamatan UAE.Sumber(identitinya disembunyikan)mengaku bahawa tugasnya ialah merisik maklumat berkenaan lokasi pelancarna roket yang ditembak ke arah kumpulan penjajah Israel. Kini kumpulan pejuang Palestin itu telah pun membebaskan pegawai UAE tersebut dan seluruh delegasi Bulan Sabit Merah itu diminta untuk segera meninggalkan Gaza. Sumber juga menyebut bahawa pembebasan pegawai dan keseluruhan delegasi tersebut adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya krisis diplomasi, yang boleh mengakibatkan perhatian teralih daripada penderitaan warga Gaza akibat pengeboman dahsyat yang dilakukan penjajah Zionis. Pihak berkuasa Mesir sebelum ini telah melarang kemasukan mana-mana misi perubatan luar dan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui laluan darat Mesir, namun yang menimbulkan kesangsian adalah mereka membenarkan pula delegasi Bulan Sabit Merah UAE masuk ke Gaza melalui sempadannya. Beberapa jam selepas kemasukan delegasi UAE itu, khabar angin berkenaan keterlibatan pegawai perisikan dalam kalangan ahli delegasi telah tersebar terutama apabila seorang ahli perubatan terlalu banyak bertanyakan tentang tempat-tempat roket dilepaskan, dengan alasan tanpa maklumat ini kerja-kerja kebajikan mereka akan terhalang, kerana tempat ia dilepaskan dalah dari kawasan perumahan -sebagaimana yang dinyatakan oleh saksi daripada penduduk Gaza sendiri. Berita ini telah tersebar luas di laman sosial selepas pengguna twitter mengguna pakai hashtag (الهلال_الأحمر_الإماراتي_يتجسس_على_غزة) maksudnya Bulan_Sabit_Merah_UAE_Melakukan_Risikan_Terhadap_Gaza. Ketua editor Majalah العرب القطرية عبدالله العذبة dalam twitternya menyebut; "Perumpamaan Bulan Sabit Merah UAE yang dihantar oleh Abu Dhabi melalui generalnya di Gaza adalah seperti ular yang mengeluarkan ikan daripada laut kemudian mengatakan bahawa "aku menyelamatkannya daripada lemas." Abu Abdur Rahman @K_ALHUSSAIN pula tweet "Jika tersabit dengan bukti kukuh bahawa #Bulan_Sabit_Merah_UAE_Melakukan_Risikan_Terhadap_Gaza maka adakah dibolehkan secara undang-undang untuk mendakwa mereka atas dakwaan mereka membawa kebahayaan kepada rakyat Gaza?" [Sumber - GazaNow]

No comments:

Post a Comment