Wednesday, August 6, 2014

Bertindak Kepalang Ajar

Foto:Di hadapan Mc Donalds Dungun. Sesuatu yang menjejaskan imej agama Islam. Yang diboikot ialah produknya, bukan kedai atau pekerjanya. Inilah yang jadi bila bertindak tanpa ilmu. Hendak berlagak jadi jaguh, konon dialah yang berani dan prihatin. Tidak disedarinya bahawa tindakan merosakkan harta awam itu satu kesalahan. Buat malu warga Dungun saja. Alangkah baik bila bilangan yang begini besar beramai-ramai bersolat subuh secara berjemaah di masjid? Itu sebenarnya yang ditakuti oleh zionis.
[Peringatan dari Muhammad Zulfikar Azlan Bin Mohd Shariff, Pengurus Aman Palestin Berhad Cawangan Melaka] Boikot membeli barangan yang memberi dana kepada pihak Zionis itu adalah suatu tuntutan namun jangan pula dalam keadaan kita memboikot membeli barangan tersebut, kita lupa untuk mengikuti adab dan akhlak memboikot sehingga terikut-ikut 'perangai zionis'.Cukuplah sekadar kita memboikot barangan tersebut dengan tidak membeli barangan itu dan menyeru pihak lain turut sama memboikot dengan kefahaman dan ilmu. Tidak perlu sampai kita memaki pekerja syarikat tersebut dan lain-lain yang seolah-seolah seperti mengikuti 'perangai zionis'. Tidak sama golongan yang boikot atas dasar semangat semata-mata dengan golongan yang memboikot atas dasar kefahaman dengan adab dan akhlaknya.Jadilah pelaksana dan penyeru boikot barangan zionis yang bijak!

No comments:

Post a Comment