Wednesday, August 20, 2014

360 Darjah 3 Dimensi

Bila merancang sesuatu, atau ketika berhadapan dengan masalah, jangan mencari jalan keluar atau menilai sesuatu peluang hanya dari satu sudut sahaja. Sebaliknya kajilah dari sudut 360 darjah 3 dimensi, meskipun peluang kejayaan pada ketika itu dijangka hanya 0.0001% sahaja. Mungkin, kecacatan dari satu sudut, ditampung dengan kebaikan dari sudut yang lain. Pemikiran 360 darjah 3 dimensi ini menjadikan diri kita lebih realistik dalam merancang, lebih tenang dan sabar dalam mencari jalan keluar kepada masalah yang dihadapi, lebih berbaik sangka kepada manusia lain dengan sifat-sifat mereka yang tersendiri, dan in Sya Allah akan menghalang jiwa kita daripada mudah kecewa dan menyesal kemudian.
Allah berfirman: "....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah." Surah Yusuf ayat 87. Dan firman Allah lagi: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mreka sendiri." Surah Ar Ra'd ayat 11.

No comments:

Post a Comment