Saturday, August 9, 2014

Kemenangan Mutakhir Milik Siapa?

PADA 1967 : Perang 6 Hari 1967 yang juga dikenali sebagai The Six-Day War atau النكسة, an-Naksah yang juga dipanggil Perang Arab-Israel 1967 berlaku di antara Israel dengan gabungan negara-negara Arab terutamanya Mesir, Jordan (termasuk Palestin), Syria, Irak dan beberapa negara Arab lain yang membantu.Jumlah keseluruhan tentera Israel adalah 264,000, manakala jumlah keseluruhan tentera gabungan negara Arab yang terlibat adalah seramai 547,000 orang. Namun rejim Zionis Israel berjaya mengalahkan gabungan tentera negara-negara Arab dengan mudah dalam tempoh hanya 6 hari (5-10 Jun 1967).
PADA 2014 : Perang 2014 ini dipanggil oleh Hamas sebagai Perang al 'Asfu al Ma'kul (Dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat).Manakala rejim Israel menamakannya sebagai Operation Protective Edge.Peperangan ini telah bermula 8hb Julai 2014 dan berterusan sehingga ke hari ini 9hb 8 2014 (hari ke 33).Jumlah tentera IDF Israel adalah seramai 720,000 orang ini telah dibantu oleh Amerika Syarikat, Mesir serta menerima bantuan kewangan daripada beberapa negara dunia antarabangsa. Manakala Briged al Qassam Palestin hanya mempunyai keanggotaan seramai 30,000 orang (dan dibantu oleh beberapa kontijen kecil mujahidin lain di Gaza) terpaksa berjuang bersendirian tanpa bantu dunia Arab yang terus membisu ! Meskipun perang telah berlalu selama 33 hari dan sedang masuk ke hari yang ke 34 tetapi rejim penjajah Israel masih belum berjaya melemahkan pasukan mujahidin Palestin, apatah lagi untuk menghapuskannya. Kenapa rejim Zionis gagal kali ini? [Dr Zainur Rashid Zainuddin]
Walaupun berada dalam kepungan, namun Gaza lah satu-satunya wilayah dari negara Arab yang menghasilkan kelengkapan ketenteraan 100% dari tangan mereka sendiri.Di Gaza, mereka berjaya menghasilkan roket, senapang, sehinggalah pesawat tanpa pemandu, sedangkan negara-negara Arab lain tidak mampu buat apa-apapun.
Zionis memang mampu memusnahkan bangunan-bangunan tetapi tidak akan berjaya memusnahkan semangat dan keazaaman rakyat Gaza yang hanya takut pada Pencipta. Hamba-hamba Allah di Gaza dan para mujahideen mereka pula sangat digeruni oleh tentera Zionis yang berselindung di sebalik sokongan sekutu dan senjata canggih. Tengoklah, itu pun masih kalah juga.

No comments:

Post a Comment