Sunday, August 31, 2014

Janji Qatar Kepada HAMAS

Raja Qatar telah menghubungi bekas Perdana Menteri Palestin, merangkap Timbalan Pengerusi Biro Politik HAMAS, Ismail Haniyeh. Dalam perbualan itu, Raja Qatar telah meyakinkan bahawa negera itu sedang menyiapkan bekalan dan keperluan dalam jumlah yang besar untuk pembangunan semula Gaza.Raja Qatar juga turut menegaskan bahawa apa yang mereka sedang lakukan ini merupakan satu kewajipan dan memuji Gaza dengan mengatakan Gaza telah berjaya mengangkat martabat bangsa Arab dan orang Islam ke tahap yang tinggi. Qatar adalah negara antarabangsa yang paling banyak membantu Gaza dari sudut kewangan.Qatar juga adalah negara Arab Teluk yang paling berani menyokong serta memberi perlindungan kepada pimpinan Hamas dan Ikhwan, juga kepada ulama dunia. Di antara tokoh yang berlindung di Qatar adalah Khaled Meshal dan Dr Yusof al-Qardawi.

No comments:

Post a Comment