Tuesday, August 26, 2014

Polis Jaga Keamanan Dunia Konon

Dalam ucapan Obama di Jawatankuasa Tindakan Politik Amerika Israel (America Israel Political Action Committee - AIPAC) 2011 menyatakan dengan jelas, “Saya bukan sahaja Presiden Amerika Syarikat, bahkan anggaplah saya seorang presiden Yahudi Zionis untuk Israel.” Beberapa perkara telah dinyatakan Obama secara peribadi dengan bangga untuk menunjukkan hubungan utuh beliau dengan Israel. Beliau telah memotong $800 juta dari bajet tahunan negara untuk keluarga dan kanak-kanak miskin di Amerika. 1. Menaikkan peruntukan bantuan kewangan kepada Israel. Obama memperuntukkan $40 Billion dana ketenteraan. Presiden Bush telah memperuntukkan $30 Billion untuk tujuan yang sama. 2. Memboikot Durban Conference Against Racism yang memberikan perhatian terhadap polisi rasis/Apertheid Israel terhadap rakyat Palestin. 3. Menggunakan kuasa veto terhadap Laporan Goldstone yang menyatakan Israel telah melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan dalam serangan ke atas Gaza di pada 2008-2009. 4. Menggunakan kuasa veto terhadap satu Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang melabel penempatan Yahudi Israel sebagai tidak sah dari segi undang-undang. Keputusan undian semasa mesyuarat tersebut 14 – 1, di mana hanya Amerika Syarikat mengundi menyokong penempatan haram Yahudi. Inilah presiden dan negara yang menjanjikan harapan keamanan kepada dunia!!!

No comments:

Post a Comment