Wednesday, July 30, 2014

Kerugian Di Pihak Penjajah

Jangan disangka bahawa kerosakan dan kerugian itu hanya di pihak rakyat Palestin di Gaza sahaja, bahkan kekalahan dan kerugian sebenar adalah lebih-lebih lagi di pihak regim penjajah Zionis yang berhadapan dengan wilayah kecil Gaza yang terkepung ini. Berikut adalah anggaran kerugian ekonomi Israel disebabkan serangan yang mereka lakukan ke atas Gaza sehingga Jumaat 25hb Julai yang lalu: 1-USD 50 juta : Kerugian daripada pembatalan penerbangan. 2-USD 200 juta : Keugian daripada pasaran perniagaan. 3-USD 100 juta : Kerugian daripada industri perhotelan. 4-USD 120 juta : Kerugian daripada industri pelancongan. 5-USD 640 juta : Kos dan bebanan operasi udara. 6-USD 75 juta : Kerugian daripada cukai yang hilang (expired). 7-USD 351 juta : Kerugian daripada kos ganti rugi perumahan (sebab komuniti penjajah dipindahkan ke tempat perlindungan.) 8-USD 101 juta : Kerugian di sektor perindustrian. 9-USD 275.5 juta : Kos operasi penangkis roket al Qassam (Iron Dome.) 10-USD 472 juta : Kos dan bebanan operasi darat.
Ini hanyalah sebahagian daripada kerugian mereka dalam bentuk wang dan belum lagi kehilangan nyawa anggota dan pegawai tentera elit mereka serta trauma yang dihadapi oleh komuniti penjajah di seluruh wilayah yang terjajah 'Israel'. Harus kita ingat sejarah yang lalu apabila sebuah kuasa besar yang digeruni yang bernama Soviet Union juga boleh tumbang disebabkan kehancuran ekonomi mereka setelah berbelanja ratusan bilion hanya untuk menumpaskan sebuah negara kerdil yang bernama 'Afghanistan'. [Analisis Dr Zainur Rashid Zainuddin]

No comments:

Post a Comment