Sunday, August 10, 2014

Hakikat Perang 2014

Peperangan 2014 ini bukan kerana Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel ataupun kerana rakyat Zionis-Israel diculik. Hakikat sebenar ialah Zionis-Israel yang didokong Amerika Syarikat mahu meneruskan penguasaan mereka di Timur Tengah dan mahu pastikan tidak ada lagi kuasa lain yang mencabar hegemoni mereka di rantau tersebut.Mereka mahu menghapuskan Hamas di Palestin dan Hizbullah di Lebonan. Kerakusan Zionis-Israel-Amerika Syarikat ini adalah rentetan daripada kejayaan cemerlang mereka menghapuskan Presiden Morsi di Mesir melalui tindakan brutal lagi haram dan meletakkan pula boneka (puppet) As-Sisi di tampuk kuasa. Setelah Mesir berjaya dikuasai semula, sekarang matlamat mereka adalah mahu menghapuskan Hamas sebelum Hamas sempat mendominasi politik Fatah pimpinan Mahmod Abas di Palestin. Jika usaha Hamas untuk berbaik ddengan Fatah tidak dipatahkan maka Zionis-Israel-Amerika Syarikat akan berhadapan kesukar untuk terus melebarkan 'divide and rule' di Palestin. Kejayaan usaha Zionis-Israel-Amerika Syarikat ini lebih mudah kerana wujudnya kebebalan dan rasa takut Arab Saudi dengan jiran-jiran Arabnya yang lupa daratan itu.
Bukan semua Yahudi menyokong Yahudi Zionis. Di antara golongan Anti-Zionis ialah Yahudi Nuterei-Karta (Penjaga Kota). Mereka membantah pembentukan Negara Haram Israel dan menyokong pembebasan bumi Palestin. Menurut mereka, Palestin adalah tanah orang Islam Palestin dan Yahudi Zionis tidak berhak mewujudkan negara haram Israel di bumi Palestin. Penjajahan bumi Palestin bertentangan dengan kepercayaan Yahudi dan kitab Taurat. Mereka ini adalah Yahudi fahaman Ortodoks.
Kebiasaan pemakaian mereka ialah bertopi dan berkot hitam. Simbol Anti-Zionis selalu tertera di baju mereka. Pertubuhan ini dibentuk sejak tahun 1938. Mereka menentang sebarang bentuk kezaliman, penjajahan dan pembunuhan terhadap orang lain kerana ia bertentangan dengan kepercayaan Yahudi yang sebenar. Mereka mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dan pertubuhan Islam. Kadang-kadang perkara ini dipandang negatif oleh umat Islam yang tidak mengetahui fakta sebenar. Namun Yahudi Nuterei-Karta akan terus berjuang membantah Zionis dan menyokong pembebasan bumi Palestin.
Wang kertas Palestin yang dikeluarkan pada tahun 1939, menunjukkan bukti bahawa wujud sebuah negara Palestin sebelum penjajahan Israel. Dapat juga di lihat bahawa ada tulisan Hebrew dan Arab di atas duit kertas ini yang menunjukkan bahawa sebelum Israel ditubuhkan, bangsa Arab dan Yahudi hidup aman di sebuah negara Palestin.

No comments:

Post a Comment