Tuesday, August 26, 2014

Kemenangan Diraih Dengan Darah

Kemenangan di Gaza adalah kemenangan bersejarah yang dicapai oleh tentera Al-Qassam dan rakyat Gaza, satu kemenangan yang tidak mampu dicapai oleh mana-mana tentera Arab pada ketika ini. Serangan Al-Qassam dan sayap tentera lain telah berjaya mengepung ruang udara Israel, menyerang kawasan ketenteraan dan tempat strategik, sehingga menyebabkan jutaan rakyat Israel terpaksa berlindung di pusat-pusat perlindungan.Keadaan ini telah membuatkan kekuatan tentera Israel berada di tahap paling bawah meskipun terkenal dengan kecanggihan alat ketenteraan. Kemenangan ini bukan sekadar akan membuka pintu-pintu sempadan, bahkan ia akan membuka pintu-pintu kemenangan untuk matlamat yang lebih besar, iaitu membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa dari penjajahan rejim Zionis Israel.[Ikatan Muslimin Malaysia]
Bendera Malaysia dikibar bersama meraikan kemenangan rakyat Gaza. [Foto: Nadzri Musman]
Al-Qassam mengajar kepada kita dan dunia seluruhnya akan erti kemerdekaan yang sebenar walaupun masih duduk dalam penjara terbuka Gaza ini.Kemerdekaan yang bertunjangkan kepada tauhid dengan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT walaupun seluruh dunia bersatu untuk menghancurkan mereka.Inilah ciri paling besar ada pada setiap jiwa Al-Qassam, mereka telah membenarkan baiah mereka pada Allah SWT lalu Allah SWT menyempurnakan janji-janji mereka." [Prof Madya Dr Aznan Hasan - Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS]

No comments:

Post a Comment