Sunday, August 10, 2014

Alahai Tembikai!!!

"What is good for you may not be good for others." Orang yang ada masalah paru-paru, tidak boleh makan tembikai. Masa saya dimasukkan ke hospital kerana paru-paru berair akibat jangkitan bakteria, keadaan saya bertambah teruk selepas makan buah tembikai. Sebabnya ruang udara untuk bernafas tersumbat kerana jangkitan, makan pula tembikai yang mengandungi lycopene menyebabkannya membengkak lagi.Doktor suntik antiobiotik dan steroid terus ke dalam aliran darah untuk mengurangkan radang paru-paru. Jadi saya boleh bernafas dan tidak tercungap-cungap lagi.Lycopene walaupun baik untuk kesihatan, tetapi dalam keadaan sistem imun lemah, ia boleh menyebabkan keradangan dalam badan. Bila bengkak, itu yang menyebabkan badan panas dan demam.

No comments:

Post a Comment