Friday, August 29, 2014

Kemerdekaan Hakiki

Kemerdekaan negara yang kita nikmati ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri dan dipelihara. Perjuangan kemerdekaan belum benar-benar berakhir dengan perginya penjajah dari bumi tercinta. Kini ada usaha-usaha gigih oleh pihak tertentu yang mahu meruntuhkan kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Usaha membangun semula, memulihkan kerosakan ratusan tahun era penjajahan belum lagi selesai. Kita sekarang berhadapan dengan penjajahan bentuk baru iaitu penjajahan minda dan budaya serta ekonomi. Kita didominasi, diglobalisasi dengan fahaman liberalisme, pluralisme, hedonisme dan anti syariah yang meminggirkan fungsi Allah dalam mengatur kehidupan manusia seperti. Umat Islam di negara ini tidak boleh lagi membuang masa dan kekuatan yang masih tersisa. Gunakan segala apa yang kita ada seperti peluang dari sudut peruntukan undang-undang, kekuatan politik dan kekuatan bilangan majoriti penduduk negara ini untuk mengelakkan kita daripada dimangsakan oleh pihak yang kini bersengketa dalam perebutan kuasa dan harta. Kita hendaklah sepakat meletakkan Islam sebagai pengisian utama kemerdekaan negara dengan melaksanakan syariat dan hukum Allah dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment