Thursday, August 28, 2014

Allah Membersih Dosa Hamba-Nya Setiap Hari

Alhamdulillah, tanpa disedari setiap hari Allah Yang Maha Pengampun membersihkan dosa hamba-Nya dengan perkara-perkara sekecil berikut ini. Cuba bayangkan jika ujian yang diberikan-Nya itu lebih besar lagi. 1. Penat - ketika melakukan sesuatu kerja; ketika melayan kerenah anak istimewa; menjaga ibu bapa yang sakit. 2. Sakit - tubuh dari seringan-ringan penyakit seperti tercucuk duri hinggalah penyakit kronik. 3. Bimbang - terhadap perkara yang belum berlaku; bila diri semakin dipanjat usia sedangkan status masih solo lagi; bila anggota keluarga masih belum pulang ke rumah. 4.Duka - kerana terkenang peristiwa lama; kerana rasa kecewa tidak dapat memberi bantuan lebih baik kepada orang yang memerlukan. 5. Derita Hati - kerana dicaci, dicemuh, dipandang rendah, diperbodohkan dan sebagainya. 6. Sedih - kerana menerima berita kematian orang tersayang. Oleh itu jangan mengeluh. Bersyukurlah dengan setiap perkara yang kita tempuhi.

No comments:

Post a Comment