Thursday, June 12, 2014

Titian Sirat - Jambatan Paling Panjang

Titian sirat yang lebarnya hanya sehelai rambut dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang, di bawahnya terbentang NERAKA dan disebelahnya terbentang SYURGA nan luas. Diceritakan bahawa untuk merentasi titian ini mengambil masa 15000 tahun. 5 ribu tahun menaik , 5 ribu tahun mendatar , dan 5 ribu tahun menurun. 7 petala langit, 7 petala bumi, 7 lautan, 7 hari, 7 syurga, 7 neraka, 7 baris surah dalam al-Fatihah, 7 bukan nombor sembarangan. Seandainya seorang jenazah itu mampu bangun dan menceritakan sakaratulmaut dan azab kubur, sudah pasti 24 jam kita berada di atas sejadah. "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Adakala trafik yang kita lalui amat sesak, padat dan merimaskan. Juga adakala lancar dan selesa. Tetapi ia tetap menuju ke satu matlamat pengakhirannya. Begitu juga hidup kita di dunia, adakala sempit dengan pelbagai ujian yang dihadapi, ada masa kita merasa tenang dan selesa dengan kehidupan sendiri. Tetapi tetap menuju ke destinasi yang telah ditakdirkan. ~~ Ajal datang bila-bila masa. Tiada seruan, tiada amaran. Bersedialah sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment