Friday, June 6, 2014

Khasiat Buah Ciku

Memakan buah ciku akan memberikan tenaga dan serat. Seratnya baik untuk ubat sembelit dan membantu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser.Memakan 100gram buah ciku, akan memberikan kita tenaga sehingga 83 kalori dan serat antara 5-6gram. Ciku kaya dengan antioksidan polifenol berupa tanin yang bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria, dan antiparasit. Buah ciku sesuai untuk menghentikan pendarahan. Tanin pada ciku juga membantu mengatasi erosif gastritis, refluks esofagitis, enteritis, dan gangguan usus.Air rebusan buah ciku muda serta pucuknya mampu mengubati penyakit buasir, cirit birit dan sakit perut. Ciku mengandungi gula bebas, vitamin C, bahan mineral terutamanya kalsium. Buah ciku setanding buah pir dalam kandungan vit. A, B1, B2 dan niasin, malah kandungan Vitamin C dan kalsiumnya lebih tinggi. Apa juga buah-buahan tropikal, ia mengandungi jumlah gula yang agak tinggi, oleh itu pesakit diabetes harus lebih berhati-hati.Vitamin C dan A dalam ciku menghalang radikal bebas. Buah ciku yang segar mengandungi kalium, besi, tembaga, asid folat, niasin, dan asam pentotenan. Sebatian tersebut membantu proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh. Bagi yang telah berusia, jangan alas perut dengan buah ciku kerana perut terasa sebu.

No comments:

Post a Comment