Wednesday, June 18, 2014
Khasiat Melinjau
Buah melinjau berbentuk bujur dan mempunyai tiga lapisan kulit. Bahagian kulit luar buah berwarna hijau ketika muda dan menjadi merah setelah masak.
Lapisan kedua kulit agak keras dan berwarna kuning pada peringkat muda dan bertukar kepada coklat gelap setelah masak.
Lapisan ketiga kulit buah binjai berwarna putih dan nipis
Pucuk dan buah muda melinjau mengandungi air, protein, lemak karbohidrat, fiber, kalsium, fosforus , ferum, vitamin A, niasin dan vitamin.
Pucuk atau daun muda, bunga dan kulit biji buah melinjau boleh dimakan.
Biji melinjau juga boleh dimakan setelah direbus atau digoreng.
Bijinya juga boleh dijadikan kerepek, keropok atau emping.
[Zawidatul Asma Bt Zainuddin]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment