Tuesday, June 17, 2014

Khasiat Pokok Ginseng Jawa

Sebatang pokok ginseng yang matang akan mempunyai 5 daun di tangkainya. Tiga berukuran besar dan dua lagi berukuran kecil. Bunganya kecil berwarna merah jambu, akarnya bercabang dan panjang. Warna akarnya kuning dan putih dalam bahagian dalaman.Daunnya yang dijadikan ulam dapat menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan. Ia juga dapat menambahkan air susu bagi ibu yang sedang menyusukan anak. Daunnya yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit gula merah boleh digunakan untuk merawat bisul dengan cara menampalnya pada bisul tersebut. Kaum Cina juga memanafaatkan tumbuhan ini dengan menggorengkan sebagai sayur. Untuk menambah stamina, akarnya dibersihkan sebanyak 50g, dihiris, direndam dalam air panas dan diminum semasa masih panas. [Zawidatul Asma Bt Zainuddin]

No comments:

Post a Comment