Monday, June 2, 2014

Dikubur Tatkala Hidup Sebagai Pengajaran

serenemaklong.blogsot.com
Kubur Contoh Di Masjid Sungai Chinchin yang suatu masa dulu digunakan sebagai praktik latihan suluk Tareqat Naqsyabandi AlKholidi.. Ketika pelajar telah mencapai suatu tahap.. dia akan dimandikan, dikapankan, disembahyangkan sebelum dimasukkan ke liang lahat contoh sebelum ditutup dengan papan lahat dan ditalkinkan.. Menurut cerita orang tua-tua yang mendengar sendiri dari mulut pelajar tersebut, mereka menemui apa yang disebut di dalam kitab.. malahan ada pelajar yang pengsan dan ada yang putih pucat wajahnya, basah kuyup bermandi peluh apabila papan lahat dibuka akibat ketakutan yang amat sangat..
Menurut cerita dari seorang tua yang sudah tiada... pelajar itu bercerita selepas pulih daripada ketakutannya.. hentakan kaki tujuh langkah yang didengarnya ketika orang meninggalkan kubur contoh itu sangat kuat.. Kerana itu kita yang hidup ini di minta bersopan.. selepas 7 langkah, terdengarlah seakan bunyi loceng yang amat kuat yang dirasakan seolah-olah memecahkan gegendang telinga...serentak bunyi deringan loceng yang amat hebat itu datanglah ular rasaksa bermata merah dan mengeluarkan api dari hembusan nafasnya seolah-olah mahu membelit dan menelan pelajar tersebut.. u setakat itu sahaja yang diceritakan kerana si pelajar jatuh pengsan. Dia tidak mahu meneruskan ceritanya kepada orang awam... Begitulah Tuan Guru AsSyaikh Muhammad Nur Nasution AlKholidi AnNaqsyabandi mendidik pelajar-pelajar beliau.. 'Cukuplah Mati Sebagai Pengajaran' [Affifuddin Hassan]

No comments:

Post a Comment