Saturday, June 7, 2014

Bila Jenazah Diusung

serenemaklong.blogspot.com
Melihat jenazah adalah satu peringatan yang baik untuk kita. Inilah peluang untuk berfikir tentang diri, semoga kita tidak termasuk golongan orang yang lalai.Bila melihat jenazah, fikirkanlah bahawa: Suatu hari nanti, tubuh KITA JUGA AKAN TERBUJUR KAKU seperti itu. MASA KITA KIAN SINGKAT, tidak lama lagi kita juga akan bertemu-Nya. Orang yang terkujur di hadapan kita ini juga PERNAH BERFIKIR SEPERTI KITA semasa hidupnya. Kini dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi, tempoh untuknya telah tamat.APAKAH YANG DAPAT KITA LAKUKAN pada hari kita diusung seperti jenazah itu? Masa untuk kita juga sudah ditentukan, cuma waktunya kita tidak tahu. Tetapi ia dalah PASTI. Bila tiba waktu kita nanti, (AMAL) APA YANG KITA BAWA BERSAMA, dan apa pula yang kita tinggalkan, yang dapat membantu kita selepas kematian?

No comments:

Post a Comment