Thursday, June 26, 2014

Islam Akhir Zaman

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Islam akan lenyap seperti hilangnya corak pada pakaian, sehingga orang tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan puasa, apakah yang dimaksudkan dengan solat, apakah yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadah), dan apakah yang dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan hilang semuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak ada yang tertinggal di permukaan bumi ini darinya walaupun hanya satu ayat. Sesungguhnya yang ada hanya beberapa kelompok manusia, di antaranya orang tua, lelaki dan perempuan. Mereka hanya dapat berkata, Kami sempat menemui nenek moyang kami mengucapkan kalimat LAILAHAILLALLAH, lalu kami pun mengucapkannya juga” (HR Ibnu Majah)
PELAJARANNYA: 1. Corak atau sistem kehidupan Islam yang kita pakai sekarang semakin luntur dan pudar. 2. Segala ritual ibadah wajib, perlaksanaan rukun Islam kita seperti solat, puasa, sedekah, sudah tidak difahami secara hakiki dan aktual. Kerana itu ia gagal mencegah perbuatan keji dan mungkar, serta gagal berfungsi untuk membangun ummah. 3. Al-Quran hanya tinggal tulisan, namun maksudnya tidak difahami. 4. Hanya beberapa warga tua yang 'sempat' mendengar kalimah LAILAHAILLALLAH dan sempat 'mengucapkan'nya. Ucapan itu memerlukan kefahaman seluruh isikandung al-quran untuk mengukuhkan tauhidnya namun ia hanya tinggal ucapan biasa kerana kefahaman al-Quran itu sudah 'tiada'.
Segala persoalan di atas terjawab jika kita ramai-ramai kembali membaca dan 'memahami' al-Quran. Sempena ramadhan ini, mari kita utamakan membaca al-Quran dengan kefahaman, membaca secara KONTEK ... biarpun hanya sepotong ayat sehari. Jangan kita berebut-rebut membaca a- Qquran satu juzuk sehari secara TEKS sahaja. Salam Ramadhan al-Mubarak. [DrMas Mohd Dua]

No comments:

Post a Comment