Monday, June 2, 2014

Ayasofia - Dari Gereja Ke Masjid

Ayasofia (Hagia Sophia) adalah sebuah gereja yang telah dibina pada 360M (sebelum kelahiran Rasulullah saw) sebagai Greek Patriarchal Cathedral of Constantinople kecuali di antara 1204 - 1261 apabila ia telah ditukar kepada Roman Catholic Cathedral di bawah 'Latin Patriarch of Constantinople'.
Statusnya bertukar menjadi masjid setelah kota Istanbul dibuka oleh Sultan Muhamad al Fateh pada 29hb Mei 1453 sehinggalah pada tahun 1931 (selepas jatuhnya khilafah dan sekular Kemalist diamalkan di Turki). Mustafa Kamal Ataturk kemudiannya telah mengubah status masjid ini kepada sebuah muzium pada 1hb Februari 1935.
Kerajaan Turki yang terkini di bawah pimpinan Recep Tayyib Erdogan telah mengumumkan bahawa mereka akan menjadikan Ayasofia sebagai sebuah masjid semula tetapi telah mendapat tentangan yang hebat daripada Vatican. Lebih 2,000 orang rakyat Turki telah berkumpul pada 31hb Mei 2014 baru-baru ini di dataran yang terletak bersebelahan dengan Ayasofia untuk bersolat subuh secara berjamaah.
Masyarakat Turki telah diyakinkan bahawa sebahagian daripada Ayasofia akan dijadikan masjid dalam sedikit masa lagi (mungkin Jumaat pertama bulan Ramadan ini atau selepas hari raya kelak).

No comments:

Post a Comment