Saturday, June 28, 2014

Meraih Kemustajaban Doa

Doa insan yang dekat dengan Allah mustajab. Ia disebabkan kekusyukan jiwanya yang tertumpu kepada kebesaran Allah. Mencari jiwa yang khusyuk itu susah. Ramai orang hanya tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat ketika berdoa tetapi hati mereka tidak khusyuk. Oleh itu jangan hairan jika ada insan yang doanya mustajab sekalipun dia berada di Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadan. Walaupun unsur tempat yang mustajab ataupun waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal memenuhi perkara yang asasi iaitu jiwa yang khusyuk yang benar-benar memohon dengan penuh erti seorang hamba. Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu dipenuhi, kemudian diikuti dengan tempat ataupun waktu yang mustajab maka doa menjadi amat mustajab. Puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan adalah waktu yang Allah sayang disebabkan bulan itu bulan pilihan-NYA dengan suasana hamba-hamba taat kepadaNYA. Setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, Allah ikuti pula dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186). ............................................................................................................
Program tadarrus Al Quran. SubhanaAllah.

No comments:

Post a Comment