Friday, June 6, 2014

Khasiat Asam Gelugur

Antara Khasiat Buah/Asam Gelugur ialah mengecutkan peranakan wanita baru bersalin dan menurunkan berat badan. Kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah. PETUA 1: Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..Biar beberapa jam sehingga asam gelugur menjadi kembang dan air menjadi suam.Minum setiap pagi dan malam.Jika di amalkan selalu InshaAllah perut buncit akan mengempis. PETUA 2: Basuh 3 keping asam gelugur dengan air bersih,masukkan ke dalam bekas minuman 500ml- liter, rendamkan dalam air panas - TIDAK PERLU TAMBAH GULA. Setelah suam, minum seperti minuman biasa, sentiasa. Sekiranya air habis cuba tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya tukarkan dengan asam gelugur yang baru.
Amalan Perubatan Ayurveda menggunakannya untuk mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut.Buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu pula menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga. Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam....SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment