Saturday, February 22, 2014

Didiklah Saham Akhirat

serenemaklong.blogspot.com
JANGAN SWASTAKAN TANGGUNGJAWAB MENDIDIK ANAK-ANAK KEPADA PIHAK LAIN. JANGAN KERANA MENGEJAR KEMEWAHAN DUNIA, KITA GADAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA. ANAK-ANAK IBARAT MODAL UNTUK AMALAN KITA di Akhirat kelak, sepertimana di dalam hadis, إِذَا مَاتَ إِبْنُ آدَمَ إِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ, أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِه, أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ “Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga; SEDEKAH JARIAH, ATAU ILMU YANG DIMANFAATKAN, ATAU ANAK SOLEH YANG MENDOAKANNYA.” (Riwayat Muslim)........ Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap anak yang dilahirkan itu adalah fitrah, ibu bapa yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi.......... Kalau anak tidak solat, tidak puasa, tidak tahu membaca Al-Quran, tidak menutup aurat, ber ‘couple’, melepak, menghisap dadah, mencuri.... kedua orang tuanya akan bertanggungjawab........
Ketahuilah bahawa bukan sahaja doa daripada anak yang soleh, bahkan SOLAT, PUASA, MEMBACA AL-QURAN, MALAH APA SAHAJA AMAL IBADAH SI ANAK ITU, KEDUA IBU BAPANYA AKAN MENDAPAT SAHAMNYA di sana nanti - dengan syarat ibu bapa itu menjaga, mendidik dan mentarbiyahkan anak-anak mereka untuk membuat amalan soleh tersebut.

No comments:

Post a Comment