Wednesday, February 12, 2014

Sebab Negara Jepun Maju

1. Di Jepun, pada peringkat awal sekolah rendah sehingga darjah enam, pelajar diajar satu matapelajaran dinamakan “Jalan ke arah akhlak” di mana pelajar mempelajari akhlak/ etika dan cara berdepan dengan orang dan masalah. Manakala mata pelajaran sains, matematik dan teknikal adalah wajib lulus, tujuannya untuk mendidik pelajar ke arah ketepatan precision), logik dan kreatif. 2. Tidak ada kegagalan (failure) pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/ watak, bukan sekadar pendidikan dan indoktrinasi dictation). Di setiap sekolah atau pejabat ada tertulis "If one can do it, I can do it. If no one can do it, I must do it". Kegagalan adalah ibarat satu dosa bagi orang Jepun. 3. Walaupun Jepun sebuah negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai pembantu rumah (maids). Ibu dan bapa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak-anak mereka di rumah. Mereka juga meluangkan masa sebaik-baiknya bersama keluarga pada hari cuti. 4. Orang Jepun memberi penekanan dan displin yang tinggi terhadap kerja. Mereka bangga bekerja 10 jam sehari. Bagi suri rumah, mereka berasa malu kepada jiran-jiran jika suami mereka pulang lebih awal. 5. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru. Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang berdisplin dan minat ke arah kebersihan. Kanak-kanak di sekolah dimestikan membawa berus gigi yang telah disterilkan (disinfected), dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda. 6. Pelajar sekolah dimestikan membawa "Lunch box" / makanan dari rumah dan bukannya wang saku, ini bertujuan mendidik mereka berjimat cermat. Pengetua sekolah pula akan mencuba makanan kesemua pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan. 7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” (Health engineer) dengan gaji sebanyak USD 5000 hingga USD 8000 sebulan, tertakluk kepada kelayakan, ujian bertulis dan lisan. Mereka mesti tahu merancang, merekabentuk dan mengurus tahap kesihatan, keselamatan dan persekitaran yang baik agar rakyat Jepun sentiasa sihat dan bertenaga. 8. Pengunakan handphone di dalam tren/ keretapi, restoran, pejabat dan tempat-tempat yang tertutup adalah dilarang sama sekali. Status ‘silent’ pada handphone ditukar dan dinamakan sebagai “akhlak/ etika”. 9. Jika anda pergi ke restoran buffet di Jepun, anda akan dapati setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan mereka tidak akan meninggalkan apa-apa lebihan makanan di atas pinggan. Rakyat Jepun amat menekankan amalan jimat cermat dan pembaziran tidak dibenarkan. 10. Kadar kelambatan keretapi/ tren adalah 7 saat sahaja dalam satu tahun. Mereka tahu nilai masa, dan gemar kepada ketepatan minit dan saat.

No comments:

Post a Comment