Friday, February 7, 2014

Cerita Pasal Ferrari

GOPAL masuk ke ruang legar sebuah bank di New York dengan perasaan ragu-ragu. Tangannya memeluk erat dokumen yang dibawanya. Dia pergi ke kaunter khidmat pelanggan dan bertanya mengenai cara membuat pinjaman peribadi. “Saya ingin membuat pinjaman peribadi USD 5,000.00 untuk memulakan perniagaan di negara saya, India,” dia bertanya kepada pegawai bank dengan Bahasa Inggeris pekat bergulung loghat Kerala. “Boleh, tapi kadar faedah kami 30% setahun. Saudara juga perlu memenuhi prosedur pinjaman kami,” jawab pegawai bank itu. “Apa prosedurnya?” Tanya Gopal. “Kami perlukan cagaran sebagai jaminan.” “Bolehkah saya jadikan kereta Ferrari saya sebagai cagaran?” Gopal menghulurkan dokumen yang dibawanya. Pegawai bank membawa dokumen itu ke belakang beertemu pengurus atasan. Lama juga mereka berbincang. Kereta yang ingin dicagarkan itu adalah sebuah Ferrari model terbaru. “OK, pengurus setuju. Tapi kalau saudara tidak dapat bayar balik pinjaman, kereta ini akan berpindah milik!” Pegawai bank itu mengingatkan Gopal yang hanya menganggukkan kepala. Beberapa borang ditandatangan, cek USD5,000.00 disimpan rapi dalam saku, kunci kereta berpindah tangan. Kereta disimpan bawah kawalan bank. Semasa Gopal melangkah keluar, pegawai bank menggelengkan kepala sambil tersenyum. “Ada juga orang macam ni dalam dunia.” Sebulan kemudian Gopal datang semula bertemu pegawai bank yang berurusan dengannya dahulu. Dia membayar balik seluruh pinjaman campur faedah tolak rebat. Jumlah keseluruhan USD5,150.00. Semasa dia ingin mengambil kembali Ferrari itu pegawai bank sempat bertanya. “Mengapa saudara sanggup ambil risiko mencagarkan kereta untuk mendapatkan USD5,000.000?” Secara berbisik Gopal menerangkan, “Sebenarnya saya sudah survey semua tempat yang boleh simpan kereta saya selama sebulan untuk saya balik ke India. Semua tempat mahal termasuk insuransnya sangat tinggi. Di sini saya kena bayar USD150.00 saja dengan sekuriti tercanggih. Murah tu!” Gopal berjabat tangan dengan pegawai bank itu dan memandu keluar dari kawasan keselamatan bank.
MORAL CERITA: Manusia ini banyak jenis. Tiada siapa tahu niat sebenar setiap orang. Kita kena berhati-hati. Ada yang cerdik plus bijak tetapi kaki auta. Kecerdikan tanpa nilai memang mala petaka. Yang tidak cerdik mencuri beberapa ekor ayam dari reban, yang cerdik pula mencuri syarikat ladang ayam. Apapun, yang penting…BELI KERETA BUATAN MALAYSIA!!!

No comments:

Post a Comment