Wednesday, February 12, 2014

Allah Berkuasa Di Atas Sesuatu

Seorang pemuda yang bekerja sebagai anggota tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana mempercayai adanya ALLAH. Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu memalukan pemuda itu di kalangan anggota tentera yang lain. Lalu dia menyuruh pemuda tersebut mengambil kunci Jeep tentera dan mengalihkannya ke tempat yang disediakan. Pemuda itu mengatakan bahawa dia tiada kemahiran memandu Jeep. Sebaliknya Kapten menyuruh dia meminta kepada tuhannya bagi menunjukkan sama ada Dia Berkuasa atau tidak. Pemuda itu mengambil kunci Jeep dan berdoa kepada ALLAH s.w.t. Dia menghampiri Jeep, dan penuh berhati-hati menggerakkannya ke tempat yang dinyatakan. Kemudian dia mematikan enjin dan keluar dari Jeep tersebut dengan perasaan teruja kerana itulah pertama kali dia memandu Jeep secanggih itu, walaupun sekadar beberapa meter sahaja. Sebaik sahaja dia keluar dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan anggota tentera lain menangis. Lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!" Pemuda tersebut berasa hairan.Lalu Kapten menunjukkan bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin!!! MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...Pemuda tersebut bersama anggota tentera lain terus sujud kepada ALLAH S.W.T...Dia berkata: ALLAH menghidupkan apa yang kelihatan tidak wujud...TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH!

No comments:

Post a Comment