Thursday, February 20, 2014

Bekas Ketua Ajaran Sesat Terkaya Di Malaysia

serenemaklong.blogspot.com
Nama sebenarnya, Azhar Wahab dan kini lebih dikenali sebagai SM Amin. Ajaran Azhar telah diwartakan SESAT pada 7 Oktober 2004. Klik capaian di bawah untuk membaca perincian. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-ajaran-azhar-wahab-0
Azhar juga pengasas Pusat Tahfiz Amal, PTA di Kedah, lebih 10 tahun memperalatkan pelajar untuk memasarkan pelbagai produk keluaran syarikatnya. Biarpun jutaan ringgit dikutip, PTA masih berada dalam keadaan uzur. http://www.mazidulakmal.com/2013/02/keadaan-sebenar-pusat-tahfiz-amal.html
Hasil maklumat bergambar diperolehi, tiada kelas menghafaz Al-Quran di PTA. Justeru tidak hairan jika tiada penghafaz Al-Quran dilahirkan oleh PTA. Seperkara lagi, pelajar PTA BUKAN anak yatim. http://www.mazidulakmal.com/2013/12/wujudkah-kelas-tahfiz-di-pusat-tahfiz.html
Kanak-kanak diperkudakan di sekitar stesyen minyak, bank, restoran dan kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya untuk menjual produk SM Amin sehingga lewat malam. Sedangkan Azhar kini hidup mewah, berkereta besar, memiliki jet ski, bermotosikal berkuasa tinggi dan barangkali beristeri ramai. Hidupnya senang lenang diuliti hiburan. Exco Kerajaan Negeri Kedah telah membuat laporan polis terhadap phak pengurusan PTA kerana menyalahgunakan kanak-kanak penghunjung Januari 2014. http://www.mazidulakmal.com/2014/01/laporan-polis-terhadap-pusat-tahfiz-amal.html
MALANGNYA sehingga ke hari ini, pelajar PTA masih terus diperhambakan. Hanya orang awam seperti kita mampu cuba memberhentikan kegiatan SM Amin. Jangan menyokong pembelian produk terbabit. Jika ingin memberikan wang makan kepada kanak-kanak dieksploitasi, hulurkanlah tetapi JANGAN sesekali membeli produk ditawarkan.
Tanpa disedari, hasil jualan itu semakin mengembungkan kocek lelaki terbabit dan pada masa sama, kegiatan itu melonglaikan tubuh remaja lelaki dan perempuan, masih di bawah umur. [Mazidul Akmal Sidek]

No comments:

Post a Comment