serenemaklong.blogspot.com
SAMA ada sebagai penyeri atau sekadar
mencari unsur kelainan, mengganti pintu dan tingkap dengan kaca berwarna SGO
tidak membabitkan penggunaan konkrit atau kerja meruntuh.
Justeru, pemasangan kaca berwarna SGO
mudah kerana bersih dan cepat. Hanya pastikan bahagian mana yang ingin
dipasangkan kaca berwarna. Kedudukannya perlu mengutamakan soal keselamatan
keluarga, kesesuaian tempat letak dan tahap ketinggian ruang.
Setelah tempat (tingkap, pintu atau
mana-mana sudut) dikenal pasti, fikir mengenai motif rekaan dan warna
bersesuaian.
Antara keistimewaan pemasangan kaca
berwarna SGO ialah boleh memilih motif dan rekaan yang dihajati. Motif paling popular di kalangan pelanggan
adalah bunga, abstrak dan berunsurkan keislaman.
Tidak terbatas untuk
pintu dan tingkap sahaja, kaca berwarna SGO juga boleh dibuat pemidang, hiasan
dinding, pintu kabinet, dinding tumpuan dan siling. Kaca berwarna SGO tidak
mudah luntur biarpun terdedah kepada pancaran matahari kerana dilengkapi
perlindungan sinaran ultra ungu sehingga 99 peratus.
Produk terbarunya
ialah kaca berlamina SGO. Menggunakan kaca keselamatan yang tahan hentakan,
produk ini juga sesuai dijadikan dinding tumpuan, pemidang dan hiasan dinding.
Anda hanya perlu memilih bahan untuk dilamina, misalnya songket, batik, daun
kering, gambar., suratkhabar atau apa sahaja.
Setelah dilamina, kaca itu boleh dipasang atau digantung. Hasilnya amat
cantik dan pasti mencuri pandangan setiap tetamu yang berkunjung ke rumah.
Kebaikan produk SGO
-
menepati piawaian keselamatan kaca
-
meningkatkan seri rumah
-
lebih persendirian
-
menapis cahaya
-
berkualiti tinggi.
Panduan penjagaan
Selepas pemasangan
kaca berwarna SGO, anda perlu mematuhi beberapa peraturan. Langkah ini membantu
anda menikmati keindahannya dalam jangka masa lebih lama.
-
jangan cuci kaca berwarna SGO selama tujuh hari selepas pemasangan
-
untuk mencuci permukaannya hanya lap dengan air dan kain yang lembut.
-
Jika kaca terdedah kepada hujan lebat sebaik sahaja ia dipasangkan, mungkin
wujud kesan kotoran. Jangan cemas kerana ini perkara biasa. Kotoran itu boleh
dicuci dengan cecair pencuci tingkap rumah. Lap kering dengan kain lembut.
(Sumber: Anjung Seri/Foto: Sma Lubis)
No comments:
Post a Comment