KELUARGA memang menjadi sumber kekuatan kita. Kerana itu keluarga patut dihargai pada setiap masa. Never take your family members for granted!
Seorang datuk gembira melayan cucu-cucunya, namun setengah jam kemudian dia pitam lalu terus menghembuskan nafas terakhir.
Seorang anak keluar bermain bola di padang di hadapan rumah teresnya. Tidak lama selepas itu dia meninggal dunia akibat terkena renjatan arus elektrik dalam air yang tergenang di tepi sebatang tiang lampu di mana kotak kuasanya sedang terbuka.
Satu upacara perkahwinan sedang berlangsung. Adik pengantin perempuan keluar rumah dengan motosikal untuk membeli ais tambahan bagi para jemputan yang hadir. Setengah jam kemudian ibu pengantin pengsan setelah diberitahu bahawa anaknya telah menjadi mangsa kemalangan langgar lari.
Semua paparan di atas adalah kisah-kisah benar yang telah berlaku dan mungkin akan terus berlaku. Kita harus ingat bahawa nyawa kini semakin rapuh. Hargai mereka yang berada di samping kita sepenuhnya.
Didik ahli keluarga kita supaya saling bersalaman memohon ampun maaf di atas segala kesilapan yang mungkin dilakukan pada hari itu. Kemudian bolehlah beredar ke bilik tidur dengan ucapan sekurang-kurangnya "Assalamualaikum", bukan "Selamat Malam" atau "Goodnight". Ucapan salam secara Islam membawa manfaat lebih bererti.
Mengapa perlu dilakukan begini? Sebenarnya kita tidak tahu apakah ahli keluarga ataupun kita sendiri akan terjaga lagi daripada tidur itu. Ajal maut hanya Allah SAW yang menentukan. Bila tiba saat kematian, ia tidak mungkin diundurkan walau sedetik pun.
Apabila seseorang ahli keluarga hendak keluar rumah, walaupun sekadar untuk ke kedai runcit berhampiran, hantarlah dia di muka pintu. Iringi pemergiannya dengan doa. Andainya berlaku sesuatu yang buruk, kita tidak akan rasa kesal sebab kita telah melihat wajahnya pada kali terakhir. Kita redha dengan pemergiannya. Dan kita sentiasa mengingati saat-saat indah bersamanya.
Sayangi anak-anak kita...cintai suami/isteri kita....Hargai keluarga kita!!!
No comments:
Post a Comment